‘Minta maaf atau kena jual’

‘Minta maaf atau kena jual’

SEHINGGA kini Jadon Sancho (kiri) masih enggan meminta maaf kepada Erik ten Hag.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United bersedia melepaskan Jadon Sancho pada Januari depan jika ­penyerang England itu terus enggan meminta maaf kepada pengurus pasukan, Erik Ten Hag.

Sancho disingkirkan daripada skuad utama selepas menggelar Ten Hag penipu ketika United kalah 3-1 kepada Arsenal, 3 ­September lalu.

Ten Hag tidak menyenaraikan Sancho dalam perlawanan itu selepas mendakwa tidak bersungguh dalam latihan, sering datang lambat dan memberi pengaruh buruk kepada rakan-rakan.

Ten Hag percaya, sikap pemain lain dalam latihan bertambah baik sejak Sancho digugurkan, malah mereka mempamer semangat berpasukan tinggi ketika bangkit pada masa kecederaan untuk menang 2-1 ke atas Brentford, Sabtu lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu juga enggan duduk diam apabila menuduh Ten Hag membuat komen ‘tidak benar’ dan menjadikannya sebagai ‘kambing hitam’.
United berusaha untuk melepaskan Sancho pada jendela perpindahan Januari nanti.

Malah, mereka sanggup memberi subsidi gaji 300,000 pound (RM1.7 juta) seminggu jika ada kelab setuju meminjamnya pada baki saingan musim ini.

Gergasi Itali, Juventus dan bekas Sancho, kelab Borussia Dortmund antara yang dikaitkan dengan pemain itu.

Bagaimanapun, kedua-dua pasukan tidak bersedia meme­nuhi nilai 60 juta pound (RM347 juta) yang ditetapkan United untuk pemain yang sudah lama tidak beraksi.

Walaupun rehat antarabangsa nampaknya adalah masa yang tepat untuk kedua-dua pihak berdamai, hierarki United tidak mendesak agar untuk penyertaan semula Sancho.

Terlalu lama tidak bermain akan menyaksikan nilai perpindahan Sancho semakin merosot daripada 73 juta pound (RM423 juta) yang dibayar United kepada Dortmund, dua tahun lalu.

Kelab bimbang nilai tersebut akan terus merosot jika tiada kelab mahu mendapatkan Sancho, dan meminjamkannya kepada kelab lain adalah penyelesaian terbaik ketika ini.

Meminjamkan Sancho adalah kaedah sama yang digunakan oleh United ketika melepaskan Mason Greenwood.

Greenwood tidak diserap kembali dalam skuad biarpun dibebaskan daripada tunduhan menyerang bekas kekasih kerana bantahan yang diterima daripada pelbagai pihak.

Dia akhirnya dipinjamkan kepada Getafe pada hari terakhir jendela perpindahan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya