Skuasy WCE Masters Open tarik perhatian penyertaan negara luar

Kejohanan Skuasy WCE Masters Open tarik perhatian penyertaan negara luar

Antara aksi pemain ketika Kejohanan Skuasy Masters Open & Jumbo Doubles 2023 yang berlangsung tempohari. (FOTO: SRAM)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Kejohanan Skuasy Skuasy WCE Masters Open dan Jumbo Doubles 2023 yang telah melabuhkan tirainya Sabtu lalu telah berlangsung dengan penuh jayanya apabila menarik minat hampir 100 orang peserta untuk edisi kali ini.

Kebanyakkan peserta hadir dari pelbagai negara antaranya Hong Kong, China, Singapura, Mesir, Jerman, Jepun, India dan Bangladesh

Saingan yang berlangsung selama tiga hari di Reintree Club, Kuala Lumpur ini telah mempertandingkan sebanyak lapan kategori serta dua kategori tambahan dalam acara beregu (Jumbo Doubles).

Ini merupakan kejohanan kedua yang ditaja WCE sebagai rakan penaja Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) untuk tahun ini selepas Kejohanan Skuasy Kebangsaan pada Ogos lalu.

Pengurus Besar, Komunikasi Strategok dan Penglibatan Pihak Berkepentingan WCE, Syed Mohamed Idid (kanan) bersama Presiden SRAM, Gerard Monteiro ketika sesi penyampaian hadiah. (FOTO: SRAM)

“Saya agak terkejut dan dalam masa yang sama gembira kerana kejohanan ini mendapat penyertaan yang banyak dari negara luar.

“Saya teruja pemain dari luar negara dapat melihat nilai kejohanan skuasy yang terdapat di Malaysia, jadi ini secara tidak langsung meningkatkan imej negara ini apabila kejohanan yang diadakan di sini menjadi platform buat mereka untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

“Daripada segi penajaan untuk hadiah wang kemenangan, kami telah tetapkannya dari awal sejak bekerjasama dengan SRAM untuk beberapa tahun yang akan datang.

“Dalam kami sama-sama berkembang sebagai satu entiti perniagaan, kami juga akan sedia membantu bukan sahaja untuk skuasy, tetapi juga untuk peluang-peluang lain,” jelas Pengurus Besar, Komunikasi Strategok dan Penglibatan Pihak Berkepentingan WCE, Syed Mohamed Idid.

Bagi Presiden SRAM, Gerard Monteiro, pihaknya turut gembira dengan sambutan yang menggalakkan daripada para peserta khususnya dari luar negara yang hadir untuk memeriahkan kejohanan pada edisi kali ini dan berharap ia akan terus menjadi salah satu destinasi utama untuk penggiat veteran sukan skuasy dari seluruh dunia.

“WCE amat menyokong kami dalam usaha untuk menaikkan martabat skuasy di Malaysia, dengan bantu menganjurkan kejohanan seperti kejohanan kebangsaan, liga dan mereka akan terus komited bersama kami terutamanya selepas skuasy turut dimasukkan ke dalam Sukan Olimpik Los Angeles 2028,” kata Monteiro

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya