Jangan pinggirkan sukan bukan Olimpik

Jangan pinggirkan sukan bukan Olimpik

SKUASY yang muncul pasukan paling cemerlang pada Sukan Asia 2022 di Hangzhou dengan meraih tiga pingat emas, satu pingat perak dan satu pingat gangsa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tatkala tumpuan sukan dalam Belanjawan 2024 hari ini hampir pasti terarah kepada persiapan Malaysia memburu pingat emas Olimpik pertama di Paris 2024, beberapa pemegang taruh industri sukan tempatan yang tidak terlibat dengan temasya itu mengharapkan agar mereka tidak disisihkan.

Pada Jun lalu, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan peruntukan RM6.9 juta untuk program Road to Gold (RTG), yang bertujuan membantu atlet berpotensi untuk menghadiahkan emas di Paris.

Begitupun sukan-sukan yang tidak terlibat dengan Olimpik juga memerlukan peruntukan kerajaan bagi membolehkan mereka meneruskan kerja-kerja pembangunan atlet yang telah pun menunjukkan kecemerlangan.

Misalnya skuasy yang menjadi penyelamat Malaysia dalam Sukan Asia Hangzhou 2022 dengan menyumbangkan tiga pingat emas berkemungkinan diserap ke Olimpik 2028 di Los Angeles setelah sekian lama melobi.

KARATE antara sukan bukan Olimpik yang menyerlah di Hangzhou selepas meraih emas menerusi Muhammad Arif Afifuddin Ab. Malik dalam kumite bawah 84kg. 

“Sudah pasti kami sedang mencari peruntukan, tambahan ketika ini skuasy juga berkemungkinan diserap ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 tetapi peruntukan yang kami terima amat sedikit berbanding dengan apa yang pernah dibentangkan dalam Belanjawan sebelum ini, dan kami akur sahaja tentang perkara itu.

“Kebiasaannya kami tidak akan meminta secara terus kepada KBS. MSN (Majlis Sukan Negara) bertanggungjawab menguruskan hal agihan peruntukan, dan saya berharap MSN berjaya memohon untuk mendapatkan lebih banyak peruntukan,” kata Presiden Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM), Gerard Monteiro kepada Utusan Malaysia.

Bagi Setiausaha Agung Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk S.Subramaniam menjelaskan kontinjen para negara yang akan beraksi pada Sukan Paralimpik Paris 2024 tidak berada dalam program RTG, namun mereka tetap memerlukan dana bagi memperkukuhkan lagi prestasi atlet untuk mengejar emas.

ATLET para negara tidak pernah mengecewakan setiap kali beraksi di pentas Sukan Paralimpik.

“Kami sudah membentangkan pelan kami kepada MSN dan mereka telah mengusulkannya kepada KBS. Walaupun kami tidak berada dalam sebahagian program RTG, kami akan diberikan peruntukan yang tersendiri untuk merencanakan program spesifik menghadapi temasya Paralimpik Paris.

“Jika tidak berjaya mendapat pingat emas yang lebih, sekurang-kurangnya kita mahu mengekalkan standard kita yang pernah kita capai sebelum ini di Paris,” jelas Subramaniam.

Begitu juga Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) yang menaruh harapan tinggi agar diberikan peruntukkan yang lebih untuk menjaga ahli badan induk yang terdiri daripada bekas atlet negara memandangkan kos sara hidup dan rawatan di hospital kini semakin meningkat. 

Selain tambahan peruntukan, KBS juga mencadangkan agar pengecualian cukai terhadap yuran latihan dalam aktiviti pembangunan sukan buat ibu bapa yang telah mengeluarkan belanja yang tinggi dalam pembelian alatan sukan anak masing masing.

Bajet 2023 yang menyaksikan sebanyak RM324 juta diperuntukkan buat industri sukan tempatan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya