Haaland dominasi aksi 'derby', benam United 3-0

Haaland dominasi aksi ‘derby’, benam United 3-0

HAALAND meledak dua gol dan membuat satu umpanan ketika membantu Manchester City membenam Manchester United di Old Trafford.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MANCHESTER: Erling Haaland menjaringkan dua gol dan membantu Phil Foden untuk satu lagi gol ketika Manchester City melakar kemenangan 3-0 ke Manchester United, sebentar tadi.

Dua gol Haaland di Old Trafford menyaksikan dia mencatat sejarah di selepas penyerang Norway itu kini telah menjaringkan 20 gol di tempat lawan dalam karier di Liga Perdana Inggeris (EPL).

20 gol itu datang dalam hanya 23 perlawanan di tempat lawan untuk City, bermakna Haaland telah mencapai pencapaian lebih pantas daripada mana-mana pemain dalam sejarah EPL.

Sebelum ini, Kevin Phillips telah memegang rekod itu untuk mencapai 20 gol di tempat lawan dalam penampilan paling sedikit, setelah melakukannya dalam hanya 28 perlawanan untuk Sunderland.

HAALAND meraikan gol jaringannya ketika menentang Manchester United.

Gol pertama Haaland dalam perlawanan itu hadir menerusi sepakan penalti yang diberikan susulan semakan VAR yang mendapati Rasmus Hojlund bersalah mengasari Rodri.

Untuk rekod, City sebelum ini tidak pernah dianugerahkan sepakan penalti dalam 26 kunjungan dalam aksi Liga Perdana ke Old Trafford.

Haaland kemudian menggandakan kedudukan buat City selepas empat minit babak kedua bersambung apabila dia menanduk masuk bola hantaran lintang Bernardo Silva.

Selepas menjaringkan dua gol pertama City dalam perlawanan itu, Haaland tanpa mementingkan diri menghadiahkan umpanan untuk Foden bagi gol ketiga pasukkannya biarpun dia berpeluang mencetak nama selaku penjaring hatrik.

Kemenangan City menyaksikan skuad kendalian Pep Guardiola itu beralih kepada dua mata di belakang pendahulu EPL, Tottenham manakala United kini menduduki tempat kelapan selepas 10 perlawanan iaitu sembilan mata di bawah City.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya