Galven juarai Piala Alphard, bawa pulang RM31,500

Galven juarai Piala Alphard, bawa pulang RM31,500

GALVEN Green (Kanan) dan Aretha Pan muncul juara Piala Alphard dalam Jelajah Toyota di Kota Seriemas Golf & Country Club di Nilai, Negeri Sembilan hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Galven Green meraih kejuaraan golf profesional pertamanya apabila dinobatkan selaku juara Piala Alphard dalam Jelajah Toyota di Kota Seriemas Golf & Country Club di Nilai, Negeri Sembilan hari ini.

Bagaimanapun, kemenangan itu tidak datang dengan mudah kerana Galven diheret ke saingan ‘play-off’ apabila beliau terikat dengan catatan sembilan bawah par 207 pukulan dengan Paul San.

Dalam saingan play-off yang dramatik Galven berjaya melakukan birdie bagi membolehkan dia dijulang selaku juara dan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai sebanyak RM31,500.

Sementara itu, Ervin Chang pula ketinggalan dua pukulan di belakang kedua-dua pemain selepas dia melakukan catatan par 72 pada aksi terakhir untuk keseluruhan mengumpul tujuh bawah par 209.

“Saya sangat gembira dan tidak menjangka boleh menang. Ini adalah kemenangan pertama saya sejak menjadi pemain profesional pada 2020.

“Akhirnya saya dapat keluar dari dibayangi kehebatan abang saya (Gavin Green). Terima kasih kepada keluarga saya Gary dan Vivienne kerana banyak memberi sokongan atas kejayaan hari ini,” katanya.

Sementara itu, Aretha Pan muncul juara bagi kategori wanita selepas menewaskan Genevieve Ling dalam penentuan play-off selepas kedua-dua pemain itu terikat dengan catatan empat atas par 220 pukulan.

Pada penentuan play-off di lubang pertama, Aretha berjaya membenam birdie menewaskan Genevieve untuk muncul juara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000.

Itu merupakan kejuaraan ketiga buat Aretha yang sebelum ini menjuarai Tun Ahmad Sarji di Saujana Golf & Country pada Mac dan Piala Supra di Mines Resort Golf Club.

Andrew Yap

Dalam pada itu, Andrew Yap yang berusia 14 tahun menamatkan saingan sebagai pemain Amatur Terbaik apabila melakukan 220 pukulan secara agregat.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya