Dikecam tidak sokong Palestin, Salah banyak bantu Gaza

Dikecam tidak sokong Palestin, Salah banyak bantu Gaza

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAHERAH: Gara-gara Mohamed Salah hilang sejuta pengikut Facebook kerana mem­bisu dalam ­konflik ­Israel-Palestin, Bulan Sabit Merah Mesir semalam mendedahkan, bintang Liverpool itu sebenarnya memberi ‘sumbangan penting’ kepada penduduk Gaza.

Salah, 31, menjadi sasaran kritikan kerana tidak menyatakan soko­ngan terbuka kepada ­Palestin.

Dia bukan sahaja ­hilang sejuta pengikut di Facebook, malah beribu lagi di X.

Pengarah Eksekutif Bulan Sabit Merah Mesir, Dr. Rami Al-Nazir bagaimanapun mengesahkan, Salah memberi sumbangan besar bagi membantu mereka yang terjejas akibat serangan udara Israel di Gaza baru-baru ini.

“Kami menerima sumbangan Ahad lalu melalui ejennya, Ramy Abbas bagi menampung keperluan penting penduduk Gaza, sama ada perubatan atau makanan, berdasarkan penilaian dan permintaan Bulan Sabit Merah Palestin.

“Keputusan untuk ti­dak mendedahkan jumlah derma adalah mengikut kehendak Salah,” kata Dr. Rami kepada The National.

Bulan Sabit Merah ­Mesir dalam hantaran di Facebook mengucapkan terima kasih ‘dari hati’ kepada bintang Reds itu kerana menyokong ­penduduk Gaza.

Gaza mengalami se­rangan udara berterusan di pelbagai kawasan, manakala Mesir sedang berusaha untuk mengurangkan kesan serangan serta memberikan bantuan kemanusiaan.

Salah kini bersama pasukan kebangsaan Mesir di Emiriah Arab Bersatu (UAE) membantu negaranya seri 1-1 dengan Algeria dalam aksi persahabatan semalam dan sebelum itu menewaskan Zambia 1-0, Khamis lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN