Takut ada pemain ‘mati’ di gelanggang

Takut ada pemain ‘mati’ di gelanggang

REAKSI pemain Russia, Daniil Medvedev ketika menentang Andrey Rublev pada suku akhir Terbuka Amerika Syarikat di Stadium Billie Jean King Nasional USTA di New York semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Bintang Russia, ­Daniil Medvedev terpaksa menghentikan permainan dua kali untuk mendapatkan rawatan sebelum menang straight set ke atas rakan senegara, Andrey Rublev pada suku akhir tenis Terbuka Amerika Syarikat (AS) semalam.

Pemain No. 3 dunia itu kelihatan bergelut untuk bernafas dalam cuaca panas terik di Stadium Arthur Ashe, malah terpaksa melilit lehernya dengan tuala basah ketika menang 6-4, 6-3, 6-4.

Kemenangan tersebut bakal menemukan juara 2021 itu ­dengan pemain No. 1 dunia yang juga juara bertahan, Carlos ­Alcaraz dari Sepanyol pada separuh akhir esok.

Alcaraz, 20, meneruskan misi mempertahankan kejuaraan de­ngan menyingkirkan Alexander Zverev dari Jerman 6-3, 6-2, 6-4.

Beraksi di bawah suhu mencecah 34 darjah Celcius, Medvedev, 27, yang terpaksa mendapatkan rawatan dua kali mengakui bimbang cuaca panas akan membawa musibah kepada pemain.

“Keadaan sangat kejam. Satu-satunya perkara yang baik ialah kedua-dua pemain berkongsi penderitaan. Bukan seorang sahaja yang menderita, jadi ia sukar untuk kami berdua.

“Di penghujung set pertama saya seperti tidak dapat melihat bola lagi. Cuba mengejar bola, berlari, memukul bola dan dia (Rublev) juga melakukan ­perkara yang sama.

“Begitupun ada masanya, sebelum mengutip mata, saya melihat seperti ‘wow nampak­nya dia (Rublev) tidak boleh ­berlari lagi’ tetapi yang sebenarnya, kedua-dua kami terlalu penat.

“Ya, keadaan sangat kejam, dan saya bimbang ada pemain yang akan ‘mati’ di gelanggang,” kata Medvedev.

AKSI Carlos Alcaraz ketika membalas pukulan Alexander Zverev. – AFP

Sementara itu, Alcaraz, 20, mengambil kesempatan atas kecederaan pangkal paha yang dialami Zverev untuk memenangi perlawanan dengan mudah.

“Dia (Zverev) banyak bergelut, dia bekerja keras untuk kembali pada prestasi terbaik­nya,” kata Alcaraz.

Dalam keadaan diri yang tidak cergas sepenuhnya, Zverev, 26, mengakui tidak mudah untuk berdepan pemain seperti Alcaraz.
“Di set kedua, saya merasai ada sesuatu di pangkal paha. Kemudian, servis saya mula menurun, saya sukar memukul lagi,” kata Zverev. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya