PSM 'anak jantan', teguh sasaran 1 pingat emas

PSM ‘anak jantan’, teguh sasaran 1 pingat emas

SKUAD sepak takraw negara akan berlepas ke Hangzhou dengan sasaran mempertahankan pingat emas acara regu yang dimenangi dalam Sukan Asia Palembang/Jakarta pada 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) kekal dengan sasaran membawa pulang satu pingat emas dan satu perak dari Sukan Asia Hangzhou tatkala kontinjen Malaysia mengambil jalan selamat hanya memburu 27 pingat tanpa mengira warna secara keseluruhan.

Presiden PSM, Datuk Sumali Reduan berkata, tidak molek sebagai penyandang pingat emas acara regu di Sukan Asia Jakarta/Palembang 2018, mereka meletakkan sasaran lebih rendah di Hangzhou.

Katanya, biarpun seteru utama yang juga juara dunia, Thailand akan kembali menyertai acara itu kali ini, Malaysia tidak gentar kerana yakin mampu untuk merentap ego gajah putih itu di Sukan Asia.

“Mungkin semua tidak yakin, sebab bagi saya, di Sukan Asia Jakarta/Palembang kita dapat emas, takkan hari ini saya nak sasarkan regu kita untuk kali ini hanya pingat perak. Nanti akan ada yang persoalkan dulu boleh dapat emas kenapa kini perak sahaja?

“Dulu mungkin sebab Thailand tidak masuk, tetapi kini kita kena hadap juga sama ada Thailand masuk atau tidak, kita kena sasarkan t emas kerana itulah pencapaian tertinggi kita dan saya rasa ini bukanlah perkara yang mustahil.

“Perlu diingat, regu pertama kita dalam acara berpasukan pernah mengalahkan regu Thailand ketika Sukan SEA Kemboja Mei lalu, jadi peluang dan ruang itu ada untuk kita dengan syarat pada hari tersebut mereka betul betul bermain dengan baik dan agresif.

“Sebab itu saya tidak boleh ambil kira hanya kerana Thailand masuk, kita letakkan sasaran pingat perak, nampak sangat kita sudah mengalah dari segi moral, kenapa kita perlu takut?” jelas Sumali ketika mengumumkan senarai 12 pemain negara ke Sukan Asia di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur semalam.

Lebih menarik, Sumali berjanji akan memberikan ganjaran sekiranya Malaysia mampu menumbangkan Thailand dan membawa pulang pingat emas di Sukan Asia.

“Kalau menang dengan Thailand, sesuatu perkara yang kita hendak dan berharap sangat, sudah pasti akan ada bonus untuk mereka daripada pihak PSM, tetapi saya rasa perkara itu kita cerita nanti bila tiba masanya,” tambahnya.

Untuk edisi kali ini, bagi acara regu, Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama Singapura dan Vietnam sementara dalam acara regu berpasukan pula, Malaysia berada bersama-sama Indonesia dan Korea Selatan dalam Kumpulan B.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya