Piala AFC: Sabah benam Hougang United

Piala AFC: Sabah benam Hougang United

PENYERANG Sabah FC, Darren Lok ketika beraksi menentang Hougang United dalam kempen Piala AFC 2023 .-IHSAN SABAH FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang Sabah FC, Darren Lok membuktikan sentuhan berbisanya apabila meledak dua gol ketika membantu The Rhinos menewaskan Hougang United FC 3-1 dalam aksi pertama Kumpulan H saingan Piala Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2023 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Pertahanan import Sabah dari Brazil, Gabriel Peres terlebih dahulu menceriakan peminat yang hadir di stadium menerusi tandukan seawal minit kelima selepas menerima hantaran daripada Daniel Ting untuk meletakkan tuan rumah di depan.

Darren menggandakan jaringan buat Sabah pada minit ke-38 selepas memanfaatkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti pelawat.

Kedudukan 2-0 itu kekal sehingga berakhir babak pertama.

Memasuki babak kedua, pasukan pelawat berjaya merapatkan jurang hasil ledakkan Takayama Kazuma pada minit ke-61, di mana gol itu terpaksa disahkan oleh Video Bantuan Pengadil (VAR) berikutan penjaga gol Sabah, Daimen Lim dilihat berjaya menepis keluar bola tetapi semakan rakaman mendapati bola sudah melepasi garisan gol.

Begitupun, Darren tidak menunggu lama untuk kembali meletakkan tuan rumah mendahului dengan dua gol menerusi tandukannya seminit kemudian apabila memanfaatkan hantaran Park Tae-Soo.

Sabah hampir mendapatkan gol keempat pada minit ke-71 ketika berlaku situasi kucar kacir di hadapan gawang Hougang, namun percubaan Park Taesu sekadar singgah di tiang gol.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya