Neymar ledak 79 gol buat Brazil, pecah rekod Pele

Neymar ledak 79 gol buat Brazil, pecah rekod Pele

NEYMAR meraikan jaringannya ketika membantu Brazil menentang Bolivia pada kelayakan Piala Dunia 2026 di Belem, Brazil. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BELEM, Brazil: Neymar memecah rekod legenda bola sepak dunia, Pele sebagai penjaring terbanyak Brazil sepanjang zaman ketika membantu pasukan itu menumpaskan Bolivia 5-1 dalam Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Amerika Selatan hari ini.

Penyerang berusia 31 tahun itu meledak dua gol dalam penampilan ke-125 bersama Brazil, sekali gus mengumpul 79 jaringan keseluruhan, dua gol mengatasi Pele. 

Fernando Diniz yang menggantikan Tite selaku pengendali baharu Brazil mengakui, Neymar seorang pemain yang istimewa dan memiliki bakat semula jadi luar biasa.

“Ramai yang mahu melihat penampilannya di atas padang tetapi kehadirannya bukan sekadar bermain, malah lebih daripada itu. Dia meledak dua gol dan memecahkan rekod.

“Neymar adalah ikon kepada ramai pemain muda, dan dia berjaya membuktikan dirinya antara yang terbaik dalam sejarah bola sepak Brazil,” kata Diniz.

Bekas penyerang Barcelona berusia 31 tahun itu sebelum ini meninggalkan Paris Saint-Germain (PGS) untuk menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Pele yang meninggal dunia pada usia 82 tahun Disember lalu, meledak 77 gol untuk Brazil dalam 92 penampilan dari tahun 1957 hingga 1971. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN