Lega menang perlawanan pertama - Elavarasan

Lega menang perlawanan pertama – Elavarasan

PEMAIN skuad B-23 negara meraikan jaringan Aliff Izwan (No.9) dalam aksi menentang Bangladesh di Chonburi, Thailand. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melepasi ujian pertama kelayakan Piala Asia Bawah 23 tahun (B-23) memberi kelegaan buat ketua jurulatih Malaysia B-23, E. Elavarasan sambil memuji semangat berpasukan yang ditunjukkan anak-anak buahnya ketika mengalahkan Bangladesh 2-0 di Chonburi, Thailand kelmarin.

Elavarasan berkata, kemenangan pertama dalam Kumpulan H amat penting, kerana ia meredakan tekanan sebelum bertemu Filipina esok dan ujian terbesar mereka kemudian adalah menentang tuan rumah, Thailand dalam aksi terakhir.

“Apa yang penting kami perlukan kemenangan untuk kutip tiga mata penuh dan secara keseluruhannya saya gembira dengan tiga mata dan akan mempersiapkan pasukan untuk perlawanan yang seterusnya.

“Dalam perlawanan menentang Bangladesh, barisan pertahanan mereka bertahan dengan cukup baik. Namun, kami akhirnya berjaya mendapatkan dua gol untuk menang selepas mempamerkan semangat juang tinggi dan bermain sebagai satu unit,” katanya.

Dalam perlawanan menentang Bangladesh, dua jaringan daripada Aliff Izwan Yuslan dan Fergus Tierney pada lewat permainan memastikan Malaysia mencatat kemenangan, sekali gus membina momentum yang baik untuk bergelar juara kumpulan.

Sementara itu, Elavarasan juga mahu para pemain terus menumpukan perhatian kepada perlawanan seterusnya dengan meneruskan aksi bersungguh-sungguh untuk mengutip tiga mata penuh.

“Sekarang kami akan menumpukan perhatian kami kepada perlawanan seterusnya dan berharap dapat mencatat satu lagi kemenangan dan memungut tiga mata.” tambahnya.

Sebanyak 11 pasukan yang muncul selaku juara kumpulan dalam saingan kelayakan (Kumpulan A hingga K) bersama-sama empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik dan tuan rumah, Qatar akan layak beraksi di Piala Asia B-23 2024 di Qatar, tahun depa

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN