Atlet UPM raih 23 emas di Karnival Sukan Masum

Atlet UPM raih 23 emas di Karnival Sukan Masum

SEBAHAGIAN atlet UPM yang berjaya menyumbangkan pingat dalam Karnival Sukan Masum 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontinjen Universiti Putra Malaysia (UPM) mencatatkan keputusan positif dalam penyertaan di Karnival Sukan Masum 2023 apabila berjaya mengutip 23 pingat emas,13 perak dan 15 gangsa.

Pencapaian itu membolehkan UPM berada di kedudukan kedua keseluruhan, sekali gus berjaya memperbaiki pencapaian pada edisi terdahulu berada di kedudukan ketiga keseluruhan daripada 20 universiti awam.

Bagi Fasa 1 Karnival Sukan Masum 2023 yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), pasukan UPM berjaya menuai sebanyak 34 pingat yang terdiri daripada 14 emas, 10 perak dan 10 pingat gangsa.

Fasa 2 yang berlangsung di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang membabitkan sembilan acara pula menyaksikan kontinjen UPM membawa pulang sembilan pingat emas, tiga pingat perak dan lima gangsa.

Lebih membanggakan, pada Karnival Sukan MASUM kali ini, UPM masih berjaya mengekalkan kejuaraan dalam beberapa sukan utama seperti ragbi 15’s, hoki lelaki dan wanita, bola jaring dan beberapa acara lagi.

Pengarah Akademi Sukan UPM, Prof. Dr. Tajularipin Sulaiman berkata, kontinjen UPM pada mulanya menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan ketiga secara keseluruhan namun, atlet membuktikan mereka mampu mencapai lebih daripada itu.

“Sasaran semasa penyerahan bendera kepada atlet ialah kita mahu mengutip 20 pingat emas dan menjadi pasukan tiga pasukan teratas dalam karnival sukan ini. Namun, semangat kental atlet berjaya meletakkan kita (UPM) di kedudukan kedua.

“Saya amat berbangga dengan pencapaian pasukan UPM dan menzahirkan ucapan terima kasih atas usaha atlet dan pegawai pasukan serta urusetia yang telah menyumbangkan tenaga sepanjang Karnival Sukan MASUM kali ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya