Tenis wanita bukan untuk transgender - Navratilova

Tenis wanita bukan untuk transgender – Navratilova

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Martina Navratilova menyelar Persatuan Tenis Amerika Syarikat (USTA) kerana pendirian mereka terhadap pemain transgender selepas Alicia Rowley memenangi Kejohanan Kebangsaan Wanita.

Legenda tenis Amerika Syarikat (AS) itu menyatakan pendapatnya di media sosial selepas Majlis Bebas Sukan Wanita (ICONS) mengumumkan di Instagram bahawa Rowley memenangi Kejohanan Kebangsaan 55+ Gelanggang Rumput dan Kejohanan Perseorangan dan Beregu Dalaman Kebangsaan kelmarin.

Rowley yang menganggap dirinya ‘seorang wanita’ juga merupakan juara Kejohanan Tertutup Kebangsaan dalam kedua-dua kategori perseorangan dan beregu pada Mei tahun ini.

MARTINA NAVRATILOVA

“Hei @USTA @WTA @Martina @ChrissieEvert. Tenis wanita bertukar menjadi bahan ketawa kerana dasar yang mengerikan ini mengutamakan kesihatan mental dan identiti lelaki berbanding wanita.

“Kita sepatutnya memberitahu wanita dan gadis yang bermain tenis bahawa mereka berhak untuk dilayan secara adil dan diiktiraf atas pencapaian dalam sukan itu.

“Malah mereka tidak perlu mencapai apa-apa jenis status elit. Sudah ada kategori untuk atlet lelaki menikmati keistimewaan ini… biarkan atlet wanita juga menikmatinya,” luahnya di Twitter.

Kelmarin, pengasas bersama ICONS, Kim Shasby Jones telah melayari Twitter untuk menyedarkan pengikutnya tentang fakta itu, dengan berpendapat bahawa tenis wanita telah bertukar menjadi “bahan ketawa.”

Jones meletakkan kesalahan tepat kepada dasar USTA, mengatakan bahawa lebih keutamaan diberikan kepada kesihatan mental lelaki berbanding pemain tenis wanita.

“Tenis wanita bertukar menjadi bahan ketawa kerana dasar yang mengerikan ini mengutamakan kesihatan mental dan identiti lelaki berbanding wanita yang telah menemui minat tenis.

“Wanita-wanita itu memanggil kami dan memohon bantuan untuk dibenarkan bermain secara adil. Mereka telah mengadu; mereka tidak tahu ke mana lagi hendak berpaling.

“Lelaki memenangi gelaran kebangsaan, mengambil tempat wanita dalam tenis berpasukan, dan bersaing dalam kejohanan wanita di seluruh negara,” katanya.

Jones merasakan lelaki transgender harus terus bersaing dalam kategori lelaki.

Itu, menurutnya, akan membolehkan atlet wanita menikmati permainan itu juga, dan dia menggesa USTA mengubah dasarnya untuk membenarkan lelaki transgender menyertai sukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya