Kelebihan 4-1 belum selesa buat Selangor - Cheng Hoe

Kelebihan 4-1 belum selesa buat Selangor – Cheng Hoe

SELANGOR FC tetap mempertaruhkan pasukan terkuat apabila berdepan PDRM FC petang ini. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Selangor FC tetap turun dengan skuad terbaik apabila melayani kunju­ngan PDRM FC dalam aksi timbal balik, pusingan 16 Piala Malaysia hari ini biarpun menang 4-1 dalam pertembungan pertama minggu lalu.

Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe berkata, kelebihan itu belum menjamin tempat ke suku akhir dan me­nuntut anak-anak buahnya mempamer aksi terbaik.

Cheng Hoe berkata, pasukannya akan turun dengan sema­ngat tinggi selepas semua pemain bebas kece­deraan dan pergantungan, tidak seperti beberapa perlawanan sebelum ini .

“Kemenangan 4-1 belum menjamin 100 peratus kita layak ke suku akhir, apa yang penting kena kekal fokus dan meneruskan momentum.

“Kita juga mendapat khabar gembira semua pemain bebas kecederaan, mereka yang digantung akibat mengutip tiga kad kuning sebelum ini juga sudah boleh diturunkan.

“Barisan kejurulatihan juga akan membuat perbincangan untuk melihat pemain mana yang akan diturunkan kerana bagi kita tiada istilah pemain akan disimpan kerana da bekal selesa. Misi belum selesai dan kita kena pastikan betul-betul layak.

“Kita juga akan berwaspada dengan taktikal yang direncanakan jurulatih baharu PDRM, mereka mungkin akan susun yang terbaik untuk menjerat kita tetapi kita akan pastikan kita bersedia,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam perlawanan pertama minggu lalu, Selangor FC membuktikan mereka lebih berwibawa dengan membenam PDRM FC 4-1 menerusi dua jaringan Ayron De Valle dan masing-masing satu gol daripada Harith Haiqal Adam Afkar dan Yohandry Orozco.

Mengulas lanjut, Cheng Hoe berkata, dia tidak mahu pemain-pemainnya melakukan kesilapan mudah yang boleh menghukum pasukan termasuk melepaskan gol-gol awal seperti yang terjadi dalam dua perlawanan terakhir mereka di peringkat liga.

“Kita dalam dua perlawanan sebelum ini dibolosi oleh dua gol awal. Jadi, kita mahu elak perkara sama berulang bagi mengelak pasukan berdepan tekanan dan melakukan kesilapan-kesilapan berulang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN