Katarina hilang kata-kata menang emas heptathlon

Katarina hilang kata-kata menang emas heptathlon

KATARINA Johnson-Thompson
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Katarina Johnson Thompson beremosi dan hilang kata-kata selepas merangkul emas dalam acara heptathlon di Kejohanan Olahraga Dunia 2023 semalam.

Ini merupakan penyertaannya kali kedua dalam kejohanan tersebut, dan sehari sebelumnya dia baru sahaja memenangi pingat perak dalam acara 800 meter (m).

Kedua-dua pencapaiannya itu akan tercatat dalam buku sejarah, termasuk ketika dia pertama kali memenangi emas dalam kejohanan sama, empat tahun lalu.

“Di garisan permulaan, saya adalah yang paling tenang sepanjang berada dalam kejohanan ini. Semasa acara merejam lembing tempoh hari, saya sangat gementar dan saya tidak berbohong yang saya kecewa dengan diri sendiri.

“Tapi semasa berjalan masuk ke stadium, saya lihat semua pemenang lalu melintasi saya dan ketika itu saya terus teringat kembali diri saya pada 2019.

“Ini adalah acara paling mudah yang saya lakukan di sini. Saya sama sekali tak percaya mampu memenangi emas kerana saya telah bermula dengan sukar dalam heptatlon. Semuanya rasa terbayar dengan pingat emas ini,” katanya.

Bercakap kepada BBC Sport, dia turut menjelaskan perasaannya ketika dinobatkan sebagai juara dan berkata kemenangan itu seolah-olah berada dalam mimpi.

Ekoran kecederaan dialaminya di bahagian Achilles, dia sukar kembali ke puncaknya yang dahulu walaupun berhasil melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, namun akhirnya terpaksa menarik diri akibat kecederaan betis.

“Bukan hanya hari ini tetapi sudah pasti beberapa tahun kebelakangan ini juga, saya telah alami kesukaran luar biasa semasa bertanding. Lebih-lebih tahun lalu, pengalaman ngeri kerana dapat bertanding tetapi tak mendapat pingat.

“Yang saya mahukan hanyalah emas. Itulah sebabnya saya tidak gementar ketika masuk ke acara 800m kerana saya teringat penyertaan pertama pada 2018 dahulu adalah saya hanya mahukan emas,” katanya

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN