Elak tragedi Sukan SEA berulang

Elak tragedi Sukan SEA berulang

PEMAIN Malaysia menjalani latihan akhir di Rayong, Thailand semalam menjelang pertemuan menentang Indonesia dalam aksi pembukaan Kejohanan AFF B-23 malam ini. – IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mengelak tragedi Sukan SEA berulang menjadi sasaran utama skuad bawah 23 tahun (B-23) Malaysia apabila membuka kempen Kejohanan AFF B-23 menentang Indonesia di Rayong, Thailand malam ini.

Menang ke atas Indonesia meletakkan skuad negara sebelah kaki ke separuh akhir ke­rana satu lawan mereka dalam Kumpulan B adalah Timor Leste yang dijangka tiada masalah untuk dikalahkan.

Kalah atau seri menyebabkan cabaran menjadi lebih berliku. Hanya juara tiga kumpulan la­yak automatik ke separuh akhir, manakala satu lagi tiket diberi kepada pasukan terbaik dalam kalangan tiga naib juara.

Biarpun berdepan masa yang singkat untuk menyiapkan pa­sukan, namun perkara itu tidak boleh dijadikan alasan oleh jurulatih negara, E. Elavarasan kerana Indonesia juga mengalami isu yang sama.

Skuad Garuda Muda juga dilihat amat terdesak sehingga memberi tanggungjawab kepada ketua jurulatih skuad senior, Shin Tae Yong untuk membawa pasukan muda mereka.

“Kita tengok perkara sama (persiapan singkat) sering berlaku, apakah kita tidak serius hantar pasukan dengan persiapan tidak seberapa. Sebagai orang lama, saya harap pasukan dapat buat yang terbaik.

“Esok kita akan buka tirai menentang Indonesia. Mereka ada masalah sama tetapi pemain mereka ada yang berkua­liti. Jadi, kita harap pemain negara dapat beri saingan habis-habisan.

“Sasaran kita dalam kejoha­nan ini adalah final, agak ­berat, membebankan pemain dan secara kasarnya tidak ­realistik tetapi segalanya tidak mustahil,” kata bekas jurulatih Harimau Muda, Azraai Khor Abdullah kepada Utusan Malaysia.

Dalam Sukan SEA Kemboja, Mei lalu, Malaysia gagal melepasi peringkat kumpulan biarpun turun dengan sasaran layak ke perlawanan akhir.

Sementara itu, kehadiran Tae Yong difahamkan sebagai amaran awal kepada Malaysia, Vietnam dan Thailand bahawa Indonesia benar-benar memandang serius dalam merebut kejuaraan AFF B-23 kali ini.

Dalam aksi malam ini, Indonesia juga menganggap Malaysia hanya menghantar skuad kedua sahaja tanpa nama-nama besar sebagai tonggak utama justeru bakal menjadi satu kelebihan untuk negara itu mengambil kesempatan untuk merangkul kejuaraan.

Sementara itu, pengurus skuad B-23 negara, Datuk Seri Shahril Mokhtar mengingatkan pemain muda negara tidak terperangkap dengan ‘perang psikologi’ yang dicetuskan media di negara itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN