LONDON: Jordan Henderson yang pada mulanya menolak perpindahan ke Arab Saudi mula merubah fikiran apabila ditawarkan gaji hampir empat kali ganda 700,000 pound (RM4.2 juta) seminggu jika menyertai Al Ettifaq.
Kapten Liverpool itu akan mengadakan perbincangan dengan pengurus Reds, Jurgen Klopp dalam tempoh 24 jam bagi menentukan masa depannya di Anfield.
Dia kini bersedia membuat pusingan U dengan menyertai bekas rakan sepasukannya, Steven Gerrard yang baru dilantik sebagai pengurus Al-Ettifaq.
Pemain tengah England itu mempunyai baki dua tahun kontrak di Anfield dan dipercayai menerima gaji 190,000 pound (RM1.14 juta) seminggu.
Begitupun Al Ettifaq yang sangat menginginkan khidmat Henderson sanggup menawar gaji jauh lebih besar daripada yang dibayar Liverpool.

Kelab Arab Saudi itu juga bersedia membayar yuran perpindahan tinggi kepada Reds, dan pastinya lebih daripada 17 juta pound (RM102 juta) yang dibayar Al Hilal kepada Chelsea untuk Khalidou Koulibaly.
Henderson, 33, yang kembali berlatih bersama Liverpool kelmarin menyedari minat Ettifaq sejak dua minggu lalu, namun bersikap ‘kunci mulut’.
Dia tidak pasti apakah akan menjadi pilihan utama Klopp musim depan.
Klopp baru menandatangani Alexis Mac Allister dan Dominik Sbozoszlai untuk memperkuat bahagian tengahnya pada musim panas ini . – AGENSI