Sugarpova jadikan Maria lebih kaya

Sugarpova jadikan Maria lebih kaya

SHARAPOVA bersama gula-gula Sugarpova.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANJANG dua dekad pertama abad ke-21, Maria Sharapova antara pemain dominan dalam kancah sukan tenis wanita dunia.

Dia telah merangkul lima kejuaraan Grand Slam, termasuk mengungguli takhta Wimbledon 2004 seawal usia 17 tahun tahun.

Hasil kejayaan dikecapi, Sharapova menjadi ‘wajah’ pelbagai jenama seperti Nike, Evian, Porsche dan Tag Heuer.

Memiliki wajah jelita membolehkan bintang Russia yang kini berusia 36 tahun meraih banyak perjanjian komersial yang lumayan.

Menghiasi muka hadapan majalah fesyen menjadikan dirinya lebih terkenal di luar ge­langgang tenis.

Ketika mencecah usia 32 tahun, Sharapova membuat keputusan menggantung raket selepas selesai menjalani hukuman penggantungan 15 bulan ekoran didapati bersalah menggunakan bahan terla­rang.

Meskipun telah bersara, namun dia membina kerjaya baharu dengan menjadi mentor luar biasa buat usahawan wanita.

Syarikat gula-gula miliknya Sugarpova, yang mana dia melabur kira-kira 400,000 pound (RM2.28 juta), 11 tahun lalu, kini semakin maju dan bernilai 150 juta pound (RM855 juta).

Secara tahunan syarikat itu telah menjana keuntungan purata 16 juta pound (RM91 juta).

Perjalanannya daripada seorang bintang tenis seksi kepada pelopor perniagaan global sudah lengkap dan ia bermula di Sochi.

Pusat peranginan musim panas Sochi, yang terletak di Laut Hitam, Russia agak sinonim dengan sukan dan pernah menjadi tuan rumah Olimpik Musim Sejuk 2014.

Malah, ia juga tempat bermulanya Sharapova membina kejayaan dalam sukan tenis.

Dia berpindah ke bandar itu bersama ibunya Yelena dan bapanya Yuri ketika berusia tiga tahun.

MARIA Sharapova bersama ibu dan bapanya.

Pada usia empat tahun, anak kecil yang bercita-cita besar itu sudah mula berminat bermain tenis dan menerima pemberian hadiah raket daripada Aleksandr Kafelnikov, bapa kepada Yevgeny yang kemudiannya merangkul dua gelaran perseora­ngan Grand Slam sekali gus menjadi pemain No.1 dunia pertama Russia.

Dia menerima bimbingan pertama daripada mentornya Yuri Yutkin hinggalah membawa diri ke Amerika Syarikat (AS).

Dalam satu klinik tenis dikendalikan Martina Navratilova di Moscow, dia memikat mata pemilih dan diberikan peluang meninggalkan negara komunis itu untuk berpindah ke Florida dan berlatih di bawah tunjuk ajar Nick Bollettieri di Akademi IMG.

Legenda tenis lain seperti Andre Agassi, Monica Seles dan Anna Kournikova antara yang mengasah kemahiran mereka.

MARIA Sharapova merangkul kejuaraan Wimbledon pada usia 17 tahun.

Dengan hanya berbekalkan duit simpanan 563 pound (RM3,200) dan tidak fasih berbahasa Inggeris, Sharapova dan Yuri berhijrah ke AS pada 1994, namun ibunya hanya me­nyertai mereka dua tahun kemudian di­sebabkan masalah visa.

Ketika berusia 17 tahun, Sharapova meraih kema­syhuran global apabila mengalahkan juara bertahan dan pilihan utama, Serena Williams pada final Wimbledon.

Pada 2005, dia sudah bergelar No. 1 dunia dan ia d­isusuli kejuaraan Grand Slam keduanya Terbuka AS setahun kemudian.

Sharapova menokok tiga lagi gelaran Grand Slam pada Terbuka Australia 2008 dan Terbuka Perancis pada 2012 dan 2014.

Di gelanggang, dia amat terkenal kerana menjadi pendengus paling kuat dalam tenis.

Pekikan dan jeritannya yang memekakkan telinga semasa berusaha mencari mata terlalu kuat sehingga pernah merekod catatan lebih daripada 100 desibel.

Dia mengumpul hadiah wang AS$38,777,962 (RM177,520,984) sepanjang kariernya, catatan keempat terbanyak sepanjang zaman selain merangkul 36 kejua­raan karier. Kini, dia ahli perniagaan terkemuka yang menjana lebih banyak wang berban­ding sebelum ini.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.