Steinbruckner berang Mamut buat hal lagi

Steinbruckner berang Mamut buat hal lagi

AKSI Ivan Mamut (kanan) ketika membantu Terengganu FC menentang KL City dalam saingan Liga Super di Cheras kelmarin. - IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan Ivan Mamut bergaduh dengan rakan sepasukan, Sony Norde sebelum ‘menyerang’ pemain Kuala Lumpur City (KL City), Romel Morales menimbulkan kemarahan pengendali Terengganu FC (TFC), Tomislav Steinbruckner.

Mamut yang turut men­cetak satu gol dalam perlawanan yang berkesudahan 3-3 kelmarin mencetus pergaduhan dengan pemain KL City sebaik sahaja aksi Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu tamat.

Dalam sidang akhbar, Steinbruckner menyuarakan kekesalan terhadap sikap penyerang tinggi lampai dari Croatia itu dan menganggap dia tidak pernah serik selepas dilayangkan kad merah ketika menentang Johor Darul Tak’zim (JDT) pada 9 Jun lalu.

“Saya sangat-sangat marah dengan dia (Mamut). Dalam perlawanan menentang JDT sebelum ini, dia sudah dapat kad merah dan hari ini dia cari gaduh pula.

“Dia tidak boleh bersikap begitu, terutama mencari pasal ketika perlawanan sudah tamat. Ivan perlu menjadi lebih bijak daripada ini,” katanya.

Tomislav Steinbruckner

Kata Steinbruckner, beliau akan bertemu pemain itu untuk berbincang mengenai insiden yang berlaku dan mengambil keputusan tidak mengeluarkan sebarang kata-kata sejurus tamat perlawanan kerana enggan memburukkan keadaan.

“Saya tidak bercakap terus kepada pemain selepas permainan tamat kerana risau akan mengeluarkan perkataan-perkataan yang salah.

“Selain itu saya memilih untuk tidur dahulu kerana esok diri saya lebih bijak dari semalam,” kata jurulatih dari Croatia itu.

Dalam aksi kelmarin, Omid Nazari meletakkan Terengganu di depan pada minit ke-28, namun KL City membalas dengan tiga gol pada babak pertama menerusi Giancarlo Gallifuoco, Paulo Josue dan Morales.
Begitupun, jaringan Nor Hakim Hassan dan Mamut pada minit ke-50 serta 60 memastikan skuad Sang Penyu pulang bersama satu mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN