Shuai tarik diri dalam tangisan selepas lawannya menipu

Shuai tarik diri dalam tangisan selepas lawannya menipu

Zhang Shuai tidak berpuas hati dengan tindakan lawannya, Amarissa Toth menipu dalam permainan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Pemain tenis China, Zhang Shuai menarik diri dan meninggalkan gelanggang dengan linangan air mata selepas lawannya Amarissa Toth terlibat dalam skandal menipu.

Insiden itu berlaku pada pusingan pertama Grand Prix Budapest dalam Jelajah WTA dengan beberapa pemain mengecam Toth atas kelakuannya.

Ketika kedudukan terikat 5-5 di set pertama yang sengit, pukulan Shuai dilihat jatuh di atas garisan tetapi pengadil memutuskan bola keluar.

Shuai merasa kecewa de­ngan keputusan itu dan meminta untuk bercakap dengan pegawai kejohanan.

Memandangkan Grand Prix Budapest dimainkan di ge­langgang tanah liat, bermakna tanda di mana bola jatuh boleh dilihat dengan jelas.
Begitupun sebelum pe­ngadil turun dari kerusi untuk memeriksa di mana pukulan itu mendarat, Toth berjalan ke arah tanda tersebut dan menggosoknya dengan kaki.

“Tunggu, tunggu, tunggu! Simpan tanda itu. Apa yang kamu buat? Kenapa kamu buat begitu?” kata Shuai de­ngan marah.

Penyokong tuan rumah berada di belakang pemain Hungary, Toth kemudian membalas: “Kerana anda membuat masalah, itulah sebabnya.”

Shuai diejek penonton ketika dia meminta untuk bercakap dengan penyelia kejohanan dan seorang peminat boleh didengari menjerit ‘membuang masa’ ketika Toth, 20, pula ketawa mendengar komen itu.

Shuai kelihatan tertekan ketika berhenti rehat sebelum pemain No.28 dunia itu memutuskan untuk menarik diri daripada perlawanan itu de­ngan menangis. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya