Sekatan perpindahan pemain Kelantan FC ditarik balik

Sekatan perpindahan pemain Kelantan FC ditarik balik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelantan FC menerima berita gembira apabila sekatan perpindahan pemain yang dikenakan terhadap mereka ditarik balik berkuat kuasa semalam.

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan mengesahkan, badan bebas First Instance Body (FIB) sudah menerima segala dokumen yang diperlukan untuk menarik perintah sekatan perpindahan pemain yang dikenakan sebelum ini.

“Namun begitu, penarikan balik sekatan perpindahan pemain ini adalah berbeza dan tidak mempunyai impak ke atas sebarang sekatan perpindahan pemain yang dikenakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ataupun Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) selepas ini,” menurut kenyataan itu.

Kelantan FC sebelum ini dikenakan  sekatan perpindahan pemain pada jendela kedua bermula 5 Julai lalu.

Hukuman itu susulan kegagalan The Red Warriors (TRW) menghantar bukti bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), selain tunggakan gaji pemain serta pegawai, bagi tempoh April dan Mei lalu sebelum tarikh akhir yang ditetapkan pada 28 dan 30 Jun.

Kelantan FC mengalami musim Liga Super yang buruk apabila hanya mengumpul lima mata selepas meraih satu kemenangan dan dua seri dalam 17 perlawanan setakat ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN