Sang Penyu buru dua import baharu

Sang Penyu buru dua import baharu

KEKALAHAN kepada KL City pada separuh akhir Piala FA minggu lalu menyedarkan Terengganu FC mereka perlu menguatkan pasukan untuk menghadapi baki saingan Liga Malaysia. -–IHSAN TERENGGANU FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) memburu sekurang-kurangnya dua pemain import baharu bagi mengubah nasib pasukan itu untuk baki saingan musim ini.

Menurut Ketua Jurulatih Sang Penyu, Tomislav Steinbruckner, perubahan itu perlu dibuat selepas TFC bergelut dengan masalah prestasi dalam Liga Super dan Piala FA.

Katanya, antara yang diintai adalah khidmat ‘jeneral’ di posisi tengah bagi menggalas tugas sebagai perancang selain memiliki sentuhan naluri pemusnah merobek pintu gol lawan.

“Kami masih tercari-cari pemain tengah menyerang yang mampu mencipta dan menyudahkan peluang terhidang. Ini adalah kelemahan ketara TFC musim ini setelah kehilangan Manuel Ott.

“Dengan baki perlawanan Liga Super serta saingan Piala Malaysia dan Piala AFC yang akan datang, kami perlukan pemain lebih baik namun bergantung kepada pihak pengurusan.

“Ada beberapa nama sedang diperhatikan dan kelibat pemain itu seharusnya lebih berkualiti berbanding kesebelasan utama yang sedia ada,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

TOMISLAV Steinbruckner mahu memperkuatkan bahagian tengah pasukan pada jendela perpindahan kedua musim ini. – IHSAN TERENGGANU FC

Beberapa pemain tengah difahamkan berada dalam ‘radar’ TFC antaranya Nurillo Tukhtasinov dari Uzbekistan serta tonggak kebangsaan Tajikistan, Ekhson Pandzhshanbe.

Selain itu, Steinbruckner mengakui posisi pertahanan turut menjadi perhatian dengan kecederaan lutut dialami Sardor Kulmatov menjejaskan masa depannya bersama Sang Penyu.

Situasi itu sekali gus me­nyaksikan pemain pertahanan kelahiran Uzbekistan itu dan pemain tengah berasal Croatia, Domagoj Pusic, bakal dilepaskan bagi memberi ruang dua muka baharu tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN