Sancho umpan dapatkan Ka

Sancho umpan dapatkan Kane

SEHINGGA kini Jadon Sancho (kiri) masih enggan meminta maaf kepada Erik ten Hag.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Manchester United berharap dapat menggunakan Jadon Sancho sebagai pertukaran untuk mendapatkan penyerang Tottenham, ­Harry Kane.

United sudah lama memburu kapten England itu yang telah meledak 30 gol dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu bersama Spurs.

Mereka yakin Kane, 29, mampu memberi impak kepada ­mana-mana kelab yang ­disertai, dan pengurus United, Erik ten Hag amat teruja untuk menggandingkannya bersama Marcus Rashford serta Anthony Martial.

Red Devils juga bersedia menggunakan ‘umpan’ kepada Spurs dengan harapan mereka membenarkan Kane meninggalkan kelab itu.

HARRY KANE

Akhbar Britain, Independent men­dakwa, United berharap Sancho akan dijadikan pertukaran kerana kelab London itu pernah menyatakan minat mendapatkan khidmat pemain sayap England tersebut.

Sancho, 23, dibeli daripada Borussia Dortmund pada 2021 dengan harga 73 juta pound (RM437 juta) .

Begitupun United sedia melepaskannya pada harga diskaun 45 juta pound (RM269 juta).

Jika tawaran itu menyakinkan Tottenham untuk menjual Kane, United tidak kisah kehilangan Sancho. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN