Ronaldo raih RM10.97 juta untuk satu hantaran berbayar di IG

Ronaldo raih RM10.97 juta untuk satu hantaran berbayar di IG

CRISTIANO RONALDO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Penyerang sensasi Al-Nassr, Cristiano Ronaldo secara rasmi menjadi individu yang menerima bayaran tertinggi di Instagram (IG).

Bagi setiap hantaran berbayar yang dimuat naik di Instagram, kapten Portugal itu dibayar 1.87 juta pound (RM10.97 juta), ­dedah HopperHQ, sebuah syarikat pemasaran media sosial antarabangsa.

Ronaldo mengatasi selebriti Hollywood, Kylie Jenner yang meraih 1.47 juta pound (RM8.67 juta) bagi setiap hantaran.

Lionel Messi yang kini ber­aksi bersama Inter Miami dalam Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat menjana 1.38 juta pound (RM8.09 juta).

Ronaldo, 38, memang diketahui menjalin kerjasama ­dengan beberapa penaja gergasi sejak beberapa tahun lalu.

Pada 2019, dia disenaraikan sebagai individu ketiga terkaya dalam Instagram.

Pemenang Ballon d’Or lima kali itu turut dianggarkan memiliki kekayaan sekitar 500 juta pound (RM2.9 bilion) dan jumlah tersebut akan meningkat selepas dia menandatangani kontrak 30 bulan bersama Al-Nassr.

KYLINE JENNER

Penghijrahan ke Arab Saudi melonjakkan lagi nilai Ronaldo apabila meraih kekayaan 175 juta pound (RM1.02 bilion).

Menurut Forbes, bekas bintang Real Madrid dan Manchester United itu muncul atlet yang meraih gaji termahal di dunia.

Dia berjaya mengatasi beberapa bintang sukan dunia lain ­seperti legenda tenis, Roger Federer (Switzerland), bintang golf Amerika Syarikat,

Tiger Woods serta jaguh seni mempertahankan diri Ireland, Conor Mcgregor.

Jenner yang merupakan anggota keluarga selebriti terkenal, Kardashian menjana jutaan pound menerusi hantaran media sosial, selain menjadi wajah eksklusif gergasi fesyen dunia, Jean Paul Galtier.

Kini dia juga melancarkan produknya tersendiri, Kylie Cosmetics dan Kylie Swim. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN