Hanya moraliti diri sekat kuasa global saya - Trump

Hanya moraliti diri sekat kuasa global saya – Trump

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat AS, Donald Trump dalam temu bual yang diterbitkan pada Khamis berkata, moraliti dirinya sendiri adalah satu-satunya penyekat sebenar terhadap kuasa beliau untuk mengarahkan tindakan ketenteraan di seluruh dunia.

Dalam temu bual dengan The New York Times, apabila ditanya jika ada had terhadap kuasanya di peringkat global, beliau menjawab, “Ya, ada satu perkara. Moraliti saya sendiri. Akal fikiran saya sendiri. Itu sahaja yang boleh menghentikan saya.”

“Saya tidak perlukan undang-undang antarabangsa. Saya bukan nak mencederakan sesiapa,” tambahnya.

Namun beliau juga berkata, beliau perlu mematuhi undang-undang antarabangsa, tetapi ia bergantung pada definisi undang-undang antarabangsa itu.

Temu bual ini muncul selepas beliau melancarkan operasi ketenteraan secara tiba-tiba yang menjatuhkan pemimpin Venezuela, Nicolás Maduro, serta mengancam beberapa negara lain dan wilayah autonomi Greenland.

Trump bahkan menyatakan memiliki Greenland yang dikendalikan oleh Denmark memberi kelebihan strategik dan psikologi kepada AS.

Laporan turut menyebut AS bukan ahli Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan telah beberapa kali menolak keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

Trump, yang pernah menghadapi pelbagai isu perundangan domestik termasuk dua percubaan pemecatan dan pertuduhan bersekongkol untuk menolak keputusan pilihan raya 2020 yang akhirnya dibatalkan selepas beliau dipilih semula, kini melancarkan beberapa operasi ketenteraan besar semasa tempoh kedua pemerintahannya.

Susulan itu, beberapa ahli Kongres AS termasuk dari parti Republikan sendiri sedang berusaha mengehadkan kuasa ketenteraan presiden.

Pada Khamis, Senat meluluskan langkah yang bertujuan mengehadkan tindakan ketenteraan Trump terhadap Venezuela, tetapi presiden dijangka akan mengenakan veto jika ia sampai ke meja beliau. -AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×