Pochettino pening siapa mahu dibawa ke AS

Pochettino pening siapa mahu dibawa ke AS

Mauricio Pochettino
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Mauricio Pochettino bingung untuk memilih pemain ‘era baharu’ Chelsea yang akan dibawa ke Amerika Syarikat (AS) untuk aksi pramusim, Isnin ini.

Berbaki empat hari sebelum jelajah musim panas bermula, belum ada nama penum­pang rasmi dalam penerbangan itu, sekali gus membuktikan ­terdapat masalah serius dalam skuad Blues.

Chelsea yang akan menentang kelab Liga Dua Inggeris, Wrexham di Carolina Utara pada Rabu depan menampilkan skuad berbeza daripada musim lalu.

Lapan pemain dalam skuad yang seri 1-1 pada aksi terakhir Liga Perdana Inggeris menentang Newcastle, 28 Mei lalu sudah meninggalkan Stamford Bridge.

CESAR Azpilicueta berhijrah ke Atletico Madrid.

Mereka adalah kapten, Cesar Azpilicueta, Kai Havertz, Ruben Loftus-Cheek, Edouard Mendy, Kalidou Koulibaly, Mateo Kova­cic, Christian Pulisic, Joao Felix, Mason Mount dan N’Golo Kante.

Dalam masa sama, beberapa pemain menunggu giliran untuk pergi – Romelu Lukaku, Hakim Ziyech, Pierre-Emerick Aubame­yang, Callum Hudson-Odoi dan Malang Sarr.

Pemain tengah England, Conor Gallagher pula dikehendaki Tottenham, namun jika usaha Chelsea membeli Moises Caicedo tidak berjaya dia mungkin kekal.

Blues tampak rapuh di bahagian tengah dengan Enzo Fernandez, Gallagher dan Carney Chukwuemeka hanya melakukan empat penampilan liga musim lalu.

Pochettino akan menggunakan 15 hari berikutnya untuk lebih mengenali gelombang baharu pemainnya.

Pemain yang mahu dikenali ialah Fernandez, Mykhailo Mudryk, Noni Madueke, Malo Gusto, Christopher Nkunku, Nicolas Jackson, Andrey Santos, Benoit Badiashile, Levi Colwill dan Chukwuemeka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN