Bicara kes hasutan Muhyiddin bermula November ini

Bicara kes hasutan Muhyiddin bermula November ini

BEKAS Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi sambung perbicaraan atas empat tuduhan salah guna kedudukan membabitkan suapan berjumlah RM225.3 juta dan tiga kes pengubahan wang haram berjumlah RM200 juta. UTUSAN/ M. FIRDAUS M. JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes hasutan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) di Gua Musang, Kelantan, dua tahun lalu, ditetapkan selama enam hari.

Tarikh-tarikh itu ialah 3,4,5,11,12 dan 13 November ini di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Aslam Zainuddin.

Perkara itu disahkan peguam bela, Datuk Amer Hamzah Arshad ketika dihubungi media hari ini.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Saiful Hazmi Mohd. Saad dan Nadia Mohd. Izhar.

Pada 4 Februari tahun lalu, Muhyiddin, 78, mengekalkan pengakuan tidak bersalah terhadap pertuduhan mengeluarkan perkataan menghasut pada kempen PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri di Dewan Semai Bakti FELDA Perasu, antara pukul 10.30 dan 11.50 malam, pada 14 Ogos 2024.

Ia berkait dakwaan bahawa beliau tidak dijemput oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu untuk mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) walaupun dikatakan mempunyai sokongan 115 daripada 222 Ahli Parlimen.

Muhyiddin yang juga bekas Pengerusi Perikatan Nasional (PN) didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Kes berkenaan pada awalnya disebut di Mahkamah Sesyen Gua Musang, Kelantan pada 27 Ogos 2024 sebelum dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur susulan permohonan pihak pembelaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN