Malaysia, jadi pasukan pilihan di Sukan Asia Hangzhou

Malaysia, jadi pasukan pilihan di Sukan Asia Hangzhou

MALAYSIA diundi dalam Kumpulan bersama Indonesia dan Korea Selatan dalam acara berpasukan di Sukan Asia Hangzhou September ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia dan Thailand menjadi pasukan pilihan bagi acara berpasukan dan regu dalam saingan sepak takraw di Sukan Asia Hangzhou yang dijadual berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Jinhua bermula 24 September ini.

Dalam satu majlis undian yang berlangsung di Hangzhou hari ini, pasukan regu berpasukan lelaki negara diundi dalam Kumpulan B bersama Indonesia dan Korea Selatan manakala bagi acara regu, Malaysia berada dalam Kumpulan A bersama Singapura dan Vietnam.

Thailand pula berada dalam Kumpulan A bagi acara regu berpasukan bersama Jepun dan Laos manakala negara Gajah Perang itu akan berdepan cabaran Filipina, India dan Myanmar dalam aksi Kumpulan B bagi acara regu lelaki.

“Bagi sepak takraw, saya dapati Malaysia dan Thailand akan menjadi pasukan digemari nanti dalam pertandingan berpasukan dan regu.
Bagaimanapun, kita juga akan dapat saingan hebat dari pasukan sepak takraw India, Korea Selatan dan Indonesia.

“Boleh saya katakan, pertandingan sepak takraw di Sukan Asia kali ini sukar untuk kita buat tanggapan iaitu, pasukan manakah yang kuat, walaupun Thailand menjadi pasukan pilihan utama bagi kita. Saya harap pertandingan akan berjalan dengan baik,” kata Presiden Persekutuan Sepaktakraw Asia (ASTAF), Datuk Abdul Halim Kader dalam satu hantaran video.

Dalam pada itu, Abdul Halim yang juga Setiausaha Agung Persekutuan Sepaktakraw Antarabangsa (ISTAF) berkata, pihaknya akan menggunakan khidmat kira-kira 62 pegawai teknikal termasuk dari Malaysia bagi membantu mengendalikan acara sepak takraw di Hangzhou nanti.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya