Liverpool bimbang Mesir mahu guna Salah di Olimpik

Liverpool bimbang Mesir mahu Salah di Olimpik

MOHAMED SALAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Liverpool, Mohamed Salah mungkin mendapati dirinya dalam pertembungan ‘kelab menentang negara’ musim depan.

Pemain sayap Mesir itu adalah tonggak  Reds setelah memperbaharui kontraknya musim lalu.

Salah akan terlepas beberapa perlawanan pada Januari kerana terlibat dengan Piala Negara-Negara Afrika, di mana dia mungkin  menjadi kapten Mesir.

Kini terdapat berita bahawa Mesir mahu Salah sebagai salah seorang pemain untuk mengisi kuotak lebih 23 tahun dalam Sukan Olimpik 2024 di Paris.

“Saya melakukan yang terbaik untuk memilih pemain muda yang akan menyertai Olimpik akan datang.

“Kami masih mempunyai satu tahun untuk memikirkan perkara itu dan menilai keadaan, tetapi yang pasti kami mengalu-alukan Salah… Salah adalah sama pentingnya dengan Neymar di Brazil,” kata jurulatih, Rogerio Micale, dipetik Ahram Online.

Melihatkan kepada tarikh temasya, Salah akan terlepas pramusim musim 2024-2025 jika beraksi buat Mesir di Paris. Olimpik 2024 akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN