JDT kelab ke-31 terbaik Asia, 126 dunia

JDT kelab ke-31 terbaik Asia, 126 dunia

Pemain-pemain Johor Darul Ta’zim menjulang Piala FA selepas menewaskan Kuala Lumpur City pada perlawanan akhir di Stadium Sultan Ibrahim Iskandar Puteri. – UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Rekod cemerlang Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam kejohanan domestik yang menyaksikan mereka tidak tewas dalam 17 perlawanan Liga Super serta menjuarai Piala FA membolehkan Harimau Selatan melonjak 126 tangga dalam ranking kelab dunia yang dikeluarkan laman Opta Analyst.

Pada Februari 2023 lalu, JDT berada di tangga ke-573 dan kini melonjak ke tangga 447 dunia.

Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut itu juga berada di tangga kedua kelab di Asia Tenggara (ASEAN) di belakang Buriram United manakala untuk ranking kelab Asia, JDT kini di tangga ke-31 menurut hantaran di laman sosial rasmi kelab.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menunjukkan peningkatan dalam ranking kelab bola sepak dunia dengan kini berada di tangga ke-447 Dunia, ke-31 Asia dan kedua ASEAN mengikut data yang dikeluarkan laman Opta Analyst.

“Laman analisis bola sepak yang menyenaraikan hampir 13,500 ranking kelab bola sepak seluruh dunia telah itu menunjukkan Harimau Selatan mengumpul 72.7 mata naik 126 tangga dari tangga ke-573 pada Februari 2023.

“Tiada pasukan lain dari Malaysia yang berada dalam Top 500 malah pasukan lain Liga Malaysia berada di tempat 2,148 dan ke bawah,” menurut laman berkenaan.

Dalam pada itu, kelab dari Arab Saudi, Al-Ittihad menerajui tangga pertama dengan 83.1 mata bagi kedudukan kelab Asia.

Menerusi laman Opta Analyst juga mendapati JDT mendahului ranking kebangsaan dengan Selangor di tangga kedua, 2,148 mata , Terengganu di tangga ketiga (2,257) manakala naib juara Piala FA 2023, Kuala Lumpur City di tangga keempat (2,964).-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya