Giliran Pulisic tinggalkan Chelsea sertai AC Milan

Giliran Pulisic tinggalkan Chelsea sertai AC Milan

CHRISTIAN Pulisic menandatangani perjanjian empat tahun bersama AC Milan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN: Chelsea mengambil satu lagi langkah dalam mengecilkan skuad mereka dengan mengesahkan perpindahan pemain tengah, Christian Pulisic ke AC Milan.

Pulisic, 24, menandatangani perjanjian empat tahun dengan pilihan melanjutkan kontrak hingga 2028 bersama Rossoneri.

Dia akan bergabung dengan Ruben Loftus-Cheek, yang menyelesaikan perpindahannya ke San Siro awal bulan ini.

Pemain antarabangsa Amerika Syarikat itu akan memakai baju No. 11 untuk Milan.

Pulisic menjadi pemain terbaharu meninggalkan Stamford Bridge, mengikuti jejak Mason Mount, Kai Havertz, Kalidou Koulibaly dan Cesar Azpilicueta ketika Mauricio Pochettino ingin melakukan perubahan besar-besaran kepada skuadnya.

Beberapa pemain yang sebelum ini berpindah dari Chelsea ke Milan termasuk Olivier Giroud, Fikayo Tomori dan Tiemoue Bakayoko.

Perjanjian untuk Pulisic dipercayai bernilai sehingga 22 juta euro (RM113.33 juta) iaitu  20 juta (RM103.03 juta) ditambah 2 juta (RM10.30 juta) .

Pulisic tiba di Chelsea dari Borussia Dortmund pada Januari 2019 dalam perjanjian 58 juta pound (RM349.54 juta), dan kemudian kembali ke kelab Bundesliga itu secara pinjaman untuk baki kempen tersebut.

Dia memperoleh tiga trofi utama semasa berada di London, termasuk Liga Juara-Juara pada 2021.

Pulisic meninggalkan Stamford Bridge selepas membuat 145 penampilan untuk Chelsea, menjaringkan 26 gol dan mencatatkan 17 bantuan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN