Giliran Gerrard ke Arab Saudi, latih Al-Ettifaq

Giliran Gerrard ke Arab Saudi, latih Al-Ettifaq

STEVEN Gerrard diperkenalkan sebagai Ketua Jurulatih kelab Liga Pro Arab Saudi, Al-Ettifaq.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Legenda Liverpool, Steven Gerrard muncul nama besar terbaru menyertai Liga Arab Saudi apabila dilantik sebagai Ketua Jurulatih Al-Ettifaq.

Gerrard, 43, kembali ke bidang kejurulatihan selepas dipecat oleh Aston Villa pada Oktober lalu, kurang setahun selepas dia hanya mampu memenangi dua daripada 12 perlawanan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

“Di mana legenda ditemui. Kami amat teruja untuk mengumumkan bahawa Steven Gerrard ialah ketua jurulatih baru kami,” kata Al-Ettifaq dalam satu kenyataan di Twitter.

Gerrard yang sebelum ini membimbing Rangers memenangi kejuaraan Liga Perdana Scotland musim 2020-2021 sebagai gelaran pertama karier kejurulatihannya, sudah lama menjadi sasaran kelab Arab Saudi itu.

Bulan lalu dia mendedahkan telah menolak tawaran awal kelab berkenaan sebelum membuat pusingan U.

Al-Ettifaq yang menduduki tangga ketujuh daripada 16 pasukan dalam kempen Liga Pro Saudi musim lalu tetap berusaha untuk bekas kapten England itu sehinggalah dia berubah fikiran untuk bersetuju menyertai mereka. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN