Dua peluncur wakili negara ke ASF 2023

Dua peluncur wakili negara ke ASF 2023

NUR HAWANI (tengah) ketika majlis penerimaan tajaan untuk atlet negara menyertai ASF 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Luncur Ombak Malaysia akan menghantar dua atlet terbaiknya ke Kejohanan Luncur Air Asia 2023 (ASF) yang akan berlangsung pada 8 hingga 17 Julai ini di Kaafu Atoll, Thulusdhoo, Maldives.

Dua peluncur itu ialah Mohd Nazrin Nasruddin dan Mohd Suhaimi Hassan yang akan bertanding dalam kategori Men’s Shortboard, bagi merebut kejuaraan bersama 19 buah negara lain.

Presiden Persatuan Luncur Ombak Malaysia , Nur Hawani berkata, penyertaan Malaysia dalam kejohanan ini melambangkan kemajuan kepada atlet untuk mengutip pengalaman di peringkat antarabangsa selain menyediakan peluang tidak ternilai menguji kemahiran di peringkat lebih tinggi.

“Kami bekerja keras melebarkan sukan ini dalam negara dan peluang berada dalam kejohanan ini juga kami anggap sebagai laluan mempromosi luncur ombak kepada khalayak ramai.

“Di kesempatan ini kami juga ingin menzahirkan penghargaan kepada semua penaja kami iaitu Daihatsu Malaysia di atas sumbangan penting mereka, Majlis Sukan Negara (MSN) di atas sokongan yang tidak pernah putus dan syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia,” katanya dalam satu kenyataan.

Nazrin dan Suhaimi, masing-masing berada di kedudukan pertama dan kedua peluncur terbaik Malaysia 2022, dengan pencapaian pernah menyertai Sukan SEA 2019 di Filipina.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya