Terlalu fokus Marquez, Quartararo punca Honda, Yamaha gagal

Terlalu fokus Marquez, Quartararo punca Honda, Yamaha gagal

Francesco Bagnaia kini mengetuai Ducati mendahului perebutan kejuaraan MotoGP Dunia 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ASSEN, Belanda: Pengurus Besar Ducati Corse, Luigi Dall’Igna percaya, Honda dan Yamaha melakukan kesilapan strategi apabila membina motosikal dalam Kejuaraan MotoGP du­nia berpandukan kepada bintang mereka, Marc Marquez serta ­Fabio Quartararo.

Ketika ini, Ducati mempu­nyai jentera yang lebih banyak berbanding Honda dan Yamaha di grid perlumbaan, dan Dall’Igna mendedahkan semua itu tidak berlaku dalam tempoh singkat.

Pihaknya telah mendapatkan maklum balas dan idea semua ahli pasukan, termasuk pelumba paling perlahan yang me­nunggang jentera Desmosedici.

Selepas menyapu bersih semua gelaran tahun lalu, termasuk kategori pelumba, pasukan dan pengeluar, Ducati turut menguasai 11 daripada 14 pusingan perlumbaan musim ini.

MARC MARQUEZ

“Kesilapan mereka adalah dengan terlalu berpandu kepada seorang pelumba, jadi asas perkembangan jentera mereka hanya berasaskan maklum balas pelumba utama.

“Lazimnya apa yang dibe­ritahu pelumba utama tidak selalu betul kerana bakat mereka telah me­nutup masalah jentera.

“Jadi anda harus de­ngar ­semua pihak jika mahu membangunkan projek yang bagus,” jelas Dall’Igna.

Pelumba Ducati diketuai juara dunia, Francesco Bagnaia, Jorge Martin, Marco Bezzecchi dan Johann Zarco kini menge­tuai perebutan gelaran 2023 menuju ke Assen hujung ­minggu ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya