Shah Firdaus sedia kalahkan Azizulhasni untuk emas ACC

Shah Firdaus sedia kalahkan Azizulhasni untuk emas ACC

SHAH Firdaus Sahrom perlu mengalahkan Azizulhasni Awang (kiri) untuk meraih emas pertama ACC,.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NILAI: Pelumba berbasikal trek negara, Shah Firdaus Sahrom sedia melakukan apa sahaja untuk menggengam pingat emas Kejohanan Berbasikal Trek Asia di Nilai biarpun terpaksa mengecewakan rakan sepasukan, Datuk Azizulhasni Awang.

Sejak mula menyertai saingan pada 2017, Shah Firdaus belum pernah merasai nikmat bergelar juara Asia, dengan percubaan terbaiknya pada edisi lalu di New Delhi apabila membawa pulang dua perak, menerusi acara keirin dan pecut berpasukan.

Untuk edisi kali ini, Shah Firdaus hanya akan beraksi dalam dua acara pecut dan keirin individu.

“Saya berharap ia emas (sasaran ACC 2023). Memang pen­ting sebab beberapa kali ACC saya buru untuk gelaran tetapi terlepas, kalah di garisan penamat dengan hanya dibezakan beberapa milimeter (mm).

“Saya mahu meraih tempat yang menawarkan mata kelayakan Olimpik, itu juga antara sasaran utama di sini selain mengumpul mata Kejohanan Dunia.

“Prestasi saya setakat ini okay sahaja cuma itulah kita tidak tahu apa akan berlaku dalam perlumbaan.

Pelbagai keadaan boleh berlaku dan jangan pandang rendah lawan lain. Harapnya peranca­ngan saya berjalan lancar,” kata Shah Firdaus.

Bagi Shah Firdaus, kilauan pingat emas di saingan ini bukan sahaja penting untuk mengukuh­kan reputasinya, namun turut akan membantunya dari segi pungutan mata ranking Olimpik.

Justeru pelumba berusia 27 tahun ini perlu melayakkan diri sekurang-kurangnya sehingga ke suku akhir seandainya mahu mengutip mata ranking tersebut.

“Bagi saingan keirin pula saya perlu mara ke final (jika mahu mendapat mata Olimpik).
Apa pun kita harapkan dapat tiket tiga pelumba negara (keirin) di Olimpik tahun depan,” kata­nya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya