Anak ditahan disyaki bunuh ibu - Utusan Malaysia

Anak ditahan disyaki bunuh ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMBUNAN: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki membunuh ibu kandungnya yang ditemui maut dengan kesan kecederaan akibat senjata tajam di sebuah rumah sewa di Kampung Katagayan, di sini, petang semalam.

Mayat wanita berusia 56 tahun itu ditemukan kira-kira jam 2 petang sebelum polis melancarkan gerakan mengesan suspek berusia 31 tahun.

Ketua Polis Daerah Keningau, Superintendan Erwansyah Abdul Basir berkata, suspek kemudian dikesan dan ditahan penduduk di sebuah sulap di Kampung Sukung.

“Penduduk kampung membawa suspek menggunakan kenderaan mereka ke Balai Polis Tambunan sebelum tangkapan dilakukan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Keningau.

“Pasukan penyiasat dan forensik turut menjalankan pemeriksaan di lokasi serta merampas beberapa barang kes yang dipercayai berkaitan kejadian,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke hospital untuk bedah siasat bagi menentukan punca sebenar kematian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti motif serta kronologi penuh kejadian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×