Sevilla julang Liga Europa kali ketujuh

Sevilla julang Liga Europa kali ketujuh

SEVILLA merangkul kejuaraan Liga Europa buat kali ketujuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUDAPEST: Sevilla meneruskan magis Liga Europa apabila merangkul kejuaraan ketujuh daripada tujuh perlawanan akhir selepas menundukkan AS Roma 4-1 menerusi penentuan penalti, awal pagi tadi.

Kemenangan itu secara mengecewakan pengendali Roma, Jose Mourinho yang mengalami kekalahan pertama dalam enam final di peringkat Eropah.

Selepas perlawanan terikat 1-1 pada waktu tambahan, Sevilla menghukum kelab Itali itu ddalam penentuan penalti dengan Gonzalo Montiel melengkapkan gol kemenangan.

Penjaga gol Sevilla, Yassine Bounou muncul wira pasukannya dalam penentuan penalti apabila menafikan sepakan Gianluca Mancini dan Roger Ibanez.

Sevilla muncul kelab paling banyak menjulang trofi Liga Europa dengan merangkul tujuh gelaran.

Paulo Dybala memberi permulaan baik buat Roma dengan membuka jaringan menerusi serangan balas pada minit ke-35, namun  gol sendiri Mancini di babak kedua membantu Sevilla menyamakan kedudukan.

“Kami bergelut untuk menang. Ia bukan mudah dan ala yang kami raih daripada kejohanan ini kadangkala sukar untuk dijelaskan,” kata pemain sayap Sevilla, Lucas Ocampos.

Ia perlawanan final Liga Europa ketiga berturut-turut yang berakhir dengan penentuan penalti.

Kemenangan itu memberikan Sevilla tiket ke Liga Juara-Juara musim depan meskipun menamatkan saingan La Liga di luar kelompok empat terbaik.

Sementara itu, Mourinho yang tidak pernah tewas dalam aksi final Eropah menganggap pasukannya keletihan.

“Malam ini kami ‘mati’ kerana keletihan mental dan fizikal. Terlalu banyak episod untuk dibincangkan. Tanpa trofi di tangan, kami telah mati dalam kepenatan dan rasa bangga.

“Anda boleh kalah perlawanan tetapi bukan profesionalisme anda. Saya memenangi lima perlawanan akhir dan tewas yang ini, tetapi saya tidak pernah lebih bangga daripada malam ini.

“Pemain kami telah memberikan segala-galanya,” kata Mourinho kepada Sky Sports. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya