Rice mahu ke Arsenal bukan Manchester City

Rice mahu ke Arsenal bukan Manchester City

DECLAN RICE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang tengah West Ham United, Declan Rice teguh dengan pendirian mahu berhij­rah ke Arsenal biarpun juara Liga Perdana, Manchester City berusaha mendapatkannya.

West Ham hanya akan melepaskan Rice dengan harga 100 juta pound (RM594 juta), jumlah yang sedia dibayar oleh City seperti mana ketika mereka membeli Jack ­Grealish ­daripada Aston Villa dua tahun lalu.

Begitupun, Arsenal mempunyai beberapa faktor penarik yang menambat hati Rice dan tidak mampu ditandangi City.

Faktor utama Arsenal menjadi pilihan Rice adalah disebabkan dia mahu kekal di London memandangkan semua keluarga dan rakan rapatnya berada di ibu negara England itu.

Rice adalah anak jati London dan dibesarkan di Kingston, berdekatan Sungai Thames. Justeru perpindahan ke Manchester akan merumitkan kea­daan buatnya yang terpaksa mencari kediaman baharu.

“Memang seronok untuk kembali di sini, saya ada ramai rakan yang menetap di London yang sehingga hari ini kami masih berjumpa.

“Bagi saya pen­ting untuk ­terus berhubung dengan mereka kerana rakan-rakan saya memainkan peranan amat besar ketika zaman kanak-kanak,” kata Rice.

Selain itu, jika Rice berpindah ke Arsenal, dia mendapat jaminan beraksi dalam kese­belasan utama berbanding di Etihad.

Pemain berusia 24 tahun itu mungkin bergelut untuk ber­saing dengan beberapa pilihan utama jika menyertai City kerana Pep Guardiola gemar menurunkan Rodri, Kalvin Phillips, Kevin de Bruyne serta pemain baharu, Mateo Kovacic yang dibeli dari Chelsea. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN