Renang para sumbang empat pingat emas di Kemboja

Renang para sumbang empat pingat emas di Kemboja

Atlet renang para negara, Fraidden Dawan menjadi penyumbang pingat emas pertama Malaysia di Sukan Para Asean 2023 apabila mengungguli acara 400 meter gaya bebas kategori S10 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo, Phnom Penh hari ini. (Foto: ihsan Majlis Sukan Negara)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad renang para negara menggegar Pusat Akuatik Kompleks Nasional Morodok Techo apabila unggul merangkul empat pingat emas pada hari kedua saingan temasya sukan dwitahunan itu.

Atlet renang para negara, Fraidden Dawan memulakan hari cemerlang negara di Phnom Penh apabila menjadi penyumbang pingat emas Malaysia menerusi acara 400 meter gaya bebas kategori S10 dengan melakar masa 4 minit 52.60 saat (s) dalam aksi yang berlangsung di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Nasional Morodok Techo.

Lebih menarik, anak jati Sarawak ini turut berjaya mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Solo, tahun lalu.

Malaysia terus cemerlang di lapangan akuatik apabila Mohamad Adib Iqbal Abdullah menghadiahkan emas kedua negara apabila mendominasi saingan 100 meter kuak dada kategori SB14.

Adib melakar masa 1minit 9.54 s, yang juga catatan peribadi terbaiknya.

Selepas itu, Abd Halim Mohammad terus menambah koleksi pungutan pingat emas negara apabila mengungguli acara 100 meter kuak dada kategori SB8.

Halim melakar catatan masa 1 minit 19.33 s untuk menewaskan pesaing dari Indonesia, Guntur Guntur yang meraih pingat perak, manakala Quang vuong Nguyen dari Vietnam berpuas hati dengan pingat gangsa.

Lim Carmen yang beraksi dalam acara 100 meter kuak dada wanita kategori SB8 juga tidak mengecewakan apabila bukan sahaja meraih emas keempat negara di akuatik, namun catatan 1 minit 41.32 s yang dilakarnya telah memperbarui rekod kejohanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya