Pemain tawar hati kekal bersama TRW?

Pemain tawar hati kekal bersama TRW?

NORIZAM TUKIMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Situasi di kem Kelantan FC semakin buruk apabila pemain mula berani mengkritik pasukan secara terbuka, dan kelmarin penyerang sensasi, Nurshamil Abd. Ghani bersiaran secara langsung di TikTok bersama beberapa rakan sepasukan membe­ritahu dia sudah tiada hati bermain untuk kelab.

Sejak pemecatan ketua jurulatih dari Korea Selatan, Choi Moon-sik pada April lalu, satu demi satu masalah menyelubungi The Red Warriors (TRW) terbongkar, termasuk isu pembayaran gaji pemain.

Pemain-pemain juga mula berani tampil, di mana 20 tonggak TRW membuat aduan kepada Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM) mengenai isu gaji yang ditahan.

Pemenang Kasut Emas Liga Perdana 2022, Nurshamil turut memberi bayangan akan berhijrah pada jendela perpindahan kedua bulan depan.

Dalam siaran langsung Tiktok yang dihoskan oleh Mohamad Fazrul Amir Md. Zaman kelmarin, selain Nurshamil, turut dijemput sebagai ‘tetamu’ adalah Mohamad Ikhwan Yazek serta bekas pemain TRW, Juzaerul Jasmi.

“Ada sorang dok kedah. Kuwe (Mohamad Ikhwan) nak gi main (bermain) dengan KU (Kelantan United).

“Guana (macam mana) nak main (bermain) dan nok meney (menang),” katanya.

Sementara itu pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman ketika ditemui Utusan Malaysia kelmarin menegaskan, beliau enggan lagi me­ngulas mengenai isu pasukan kerana semua hanya akan dijawab pada pertemuan ­dengan penyokong Sabtu ini.

Norizam dalam media sosial sebelum itu menafikan pemain berdepan tunggakan gaji dua bulan, sebaliknya hanya menahan gaji mereka kerana prestasi buruk dalam Liga Super musim ini.

“Sebelum ini semua pemain dapat gaji penuh. Benar, memang ada lambat dan ada bulan bayaran secara berperingkat dalam bulan sama, tapi tiap-tiap bulan semua pemain tetap dapat jumlah gaji penuh. Tak benar dua bulan gaji tertunggak.

“Tapi ini bila kekalahan berterusan 10 kali. Saya kata nak gaji penuh April bagilah saya kemenangan. Main betul-betul sungguh. Saya bukan tolak gaji, saya tahan,” katanya dalam Facebook.

Ketika ini, Kelantan FC dilanda pelbagai masalah luar padang sehingga menjejaskan prestasi pasukan yang menghuni kedudukan kedua ter­corot Liga Super dengan hanya mengutip empat mata daripada 12 perlawanan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.