Kanak-kanak lelaki meninggal dunia ketika mandi di bilik air rumah

Kanak-kanak lelaki meninggal dunia ketika mandi di bilik air rumah

terkini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh ketika mandi di bilik air rumahnya di Taman Bukit Segar Cheras dekat sini semalam.

Laporan berhubung kejadian itu diterima polis pada pukul 9.01 malam selepas mangsa disahkan meninggal dunia di Jabatan Kecemasan Zon Merah Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Ketua Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 5 petang ketika mangsa sedang mandi di bilik air rumahnya sebelum dipercayai terjatuh dan mengalami kecederaan

“Mangsa kemudian dibawa oleh ahli keluarganya ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Naazron berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM bagi tujuan bedah siasat.

“Punca kematian mangsa masih dalam siasatan, kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 serta mengklasifikasikan kes sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Amirul Abd Wahab di talian 013-5495236 bagi membantu siasatan.

“Masyarakat dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan memastikan keselamatan anak-anak sentiasa diberi perhatian walau di mana mereka berada.

“Sebarang kecemasan boleh disalurkan menerusi talian NG MERS 999 atau Pusat Kawalan Polis Daerah Kajang di talian 03-89114243,” ujarnya. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN