Pemain import kuasai senarai penjaring liga Super

Pemain import kuasai senarai penjaring liga Super

PENYERANG JDT, Fernando Forestieri meraikan jaringannya ketika menentang Kedah dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Senarai penjaring terbanyak Liga Super ketika ini dikuasai oleh pemain import dengan penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Fernando Forestieri mengumpul 14 gol berada di kedudukan teratas.

Ditempat kedua pula ialah penyerang import Selangor FC, Ayron Del Valle selepas penyerang dari Colombia itu berjaya meledak 10 gol setakat ini untuk membantu skuad Gergasi Merah Kuning berada di tangga kedua Liga Super.

Sementara itu, seorang lagi penyerang prolifik JDT, Bergson Da Silva pula berada di kedudukan ketiga dengan lapan gol iaitu satu gol mengatasi penyerang Kedah Darul Aman (KDA) FC, Willian Lira di tempat keempat senarai penjaring.

Pemain tempatan yang berada dalam senarai tertinggi ketika ini ialah Faisal Abdul Halim dari Selangor FC yang berada di tempat kelima selepas meledak enam gol.

Penyerang berasal dari Pulau Pinang itu berkongsi kedudukan dengan Kpah Sherman, Stefano Brundo (Sri Pahang), Park Tae Su (Sabah) dan Poulo Josue (KL City).

Sementara itu, pemain sayap lincah Harimau Malaya, Arif Aiman Hanafi pula berada di kedudukan keenam senarai penjaring selepas mengumpul lima jaringan setakat ini.

Beliau berkongsi kedudukan yang sama dengan empat pemain lain iaitu, Jordan Mintah (Terengganu), Juan Muniz (JDT), Soony Saad (Penang) dan Tchetche Kipre (KL City).

Berdasarkan senarai penjaring itu, ia jelas menunjukkan pemain import menguasai senarai penjaring ketika ini, sekali gus menenggelamkan penyerang tempatan yang kurang mendapat tempat dalam pasukan.

Situasi itu jelas menggusarkan peminat bola sepak tempatan kerana ia menunjukkan Harimau Malaya ketandusan penyerang tulen untuk menerajui barisan hadapan dalam skuad yang dikendalikan Kim Pan Gon.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya