MU di landasan baik sambar Mbappe, Kane

MU di landasan baik sambar Mbappe, Kane

KYLIAN Mbappe menjalani latihan bersama pasukan Perancis di Clairefontaine-en-Yvelines semalam dalam persiapan menghadapi kelayakan Euro 2024. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID: Keputusan Real Madrid tidak mendapatkan Harry Kane atau Kylian Mbappe memberi peluang terbaik kepada Manchester United menandatangani ke­dua-dua bintang itu, menurut laporan di Sepanyol.

Gergasi Sepanyol itu sudah kehilangan khidmat penyerang berstatus bintang, Karim Benzema yang menandatangani kontrak dengan Al Ittihad di Arab Saudi.

Kane yang ketika ini ­beraksi bersama Tottenham dan bintang Paris Saint-Germain (PSG), Mbappe dikaitkan sebagai pengganti kepada Benzema.

Bagaimanapun menurut radio sukan Sepa­nyol, Cope, Real sedang berusaha mendapatkan tandatangan pemain lain, termasuk Joselu.

Pe­n­ye­rang Sepanyol itu menghabiskan dua musim bersama Stoke City dari 2015 sehingga 2017 tetapi hanya menjaringkan empat gol dalam 27 perlawanan.

Dia kemudian berhijrah ke Newcastle selepas dipinjamkan ke Deportivo, dan menjaringkan tujuh gol daripada 57 penampilan.

HARRY KANE

Prestasi Joselu meningkat semula selepas kembali ke Sepanyol bersama Alaves dan kini Espanyol apabila dia meledak 17 gol dalam 38 penampilan musim lalu, sekali gus menarik perhatian Real.

Penyampai Cope dan Real Madrid TV, Melchor Ruiz berkata: “Real ­Madrid tidak akan mengemukakan sebarang tawaran pada musim panas ini untuk Kylian Mbappe.

“Mereka juga tidak akan menandatangani Harry Kane. Real Madrid hanya berhasrat untuk menandatangani Fran Garcia, Brahim Diaz, Jude Bellingham dan Joselu.”

Perpindahan mengejutkan bakal berlaku jika United berjaya diambil alih pelabur dari Qatar dan ketika ini, laporan dari Asia Barat mendakwa, Sheikh Jassim telah berjaya membeli kelab tersebut.

Peluang untuk ­United mendapatkan Mbappe lebih luas kerana pemilik PSG, Qatar Sports Investments (QSI) yang juga rakan senegara Sheikh Jassim gembira untuk melepaskan bintang mereka ke Old Trafford berban­ding Real.

Mbappe juga mengesahkan, dia tidak berminat menyambut kontrak bersama PSG apabila ia berakhir tahun depan. ­ – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN