Mount tolak Pochettino, mahu berhijrah ke Old Trafford

Mount tolak Pochettino, mahu berhijrah ke Old Trafford

MASON MOUNT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Bintang Chelsea, Mason Mount secara peribadi telah menyatakan persetujuan untuk menyertai Manchester United.

Lebih menguatkan dakwaan itu, Mount dilihat nekad mening­galkan Chelsea apabila enggan menandatangani lanjutan kontrak untuk kekal di Stamford Bridge.

Menurut laporan The Te­le­graph, bintang tengah England itu berharap dapat menyertai United pada jendela perpindahan terdekat ini.

Laporan yang sama mendakwa perbincangan antara Mount dan Red Devils berjalan secara positif sejak Khamis lalu apabila anak-anak buah Erik ten Hag menewaskan Chelsea 4-1 di Old Trafford.

Pemain berusia 24 tahun itu nekad untuk meninggalkan Chelsea dan Blues tiada ­halangan tetapi dengan syarat perpindahan bukan secara percuma.

Chelsea akan cuba mendapat bayaran paling tertinggi hasil penjualan Mount bagi memberi dana lebih besar kepada Mauricio Pochettino untuk membentuk ‘era baharu’ Blues.

Mount turut menarik ­minat Arsenal dan Liverpool tetapi nampaknya United menjadi pilihan utama pemain England itu.

Dalam pada itu, Mateo Kovacic pula menjadi sasaran Manchester City dan pemilik Chelsea, Todd Boehly terbuka bersedia menjualnya.

Antara pemain yang sah meninggalkan Stamford Brid­ge adalah Joao Felix dan Denis Zakaria yang dipulangkan kepada Atletico Madrid serta Juventus selepas tempoh pinjaman mereka tamat.

Pemain daripada akademi Chelsea, Dujon Sterling akan menyertai kelab Scotland, Rangers manakala Ruben Loftus-Cheek mencapai persetujuan dengan AC Milan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.