Ketibaan Laine dari Finland tiba tepat pada waktu

Ketibaan Laine dari Finland tiba tepat pada waktu

NOOA Laine (tengah) sedia diturunkan dalam pertemuan dengan Papua New Guinea, Selasa ini setelah terlepas perlawanan menentang Kepulauan Solomon. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Pada ketika Harimau Malaya berdepan isu kece­deraan, ketibaan Nooa Laine jauh dari Finland memberi ke­legaan buat Kim Pan Gon menjelang aksi persahabatan menentang Papua New Guinea, Selasa ini.

Laine, 21, tiba agak lewat dan terlepas perlawanan de­ngan Kepulauan Solomon akibat kecederaan sebelum menjalani latihan penuh.

Pan Gon berkata, kelibat pemain SJK Seinajoki itu diharap dapat mengisi kekosongan dua tonggak, Natxo Insa dan Feroz Baharuddin yang tercedera.

“Dia (Laine) tiba Selasa lalu dan sudah pulih sepenuhnya untuk menyertai sesi latihan skuad kebangsaan. Saya harap dia bersedia untuk diturunkan perlawanan nanti.

“Sudah tentu Laine akan menjadi antara pilihan di jentera tengah atau pertahanan bagi menggalas kekosongan di posisi berkenaan selain beberapa pemain lain juga.

“Saya masih ada beberapa hari untuk memantau tahap kecergasan barisan pemain Harimau Malaya dan kami mahu persiapan terbaik bertemu Papua New Guinea,” katanya semalam.

NATXO Insa dan Feroz Baharuddin dihantar pulang ke JDT.

Ketua Jurulatih Harimau Malaya berkata, keputusan menghantar Insa dan Feroz ­pulang ke pangkuan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tindakan tepat bagi menerima rawatan lanjut.

Katanya, status kecederaan Insa gagal dikesan di peringkat awal sesi latihan minggu lalu sebelum pasukan perubatan mengesahkan pemain tengah itu tidak cergas 100 peratus.

“Feroz pula tercedera dalam babak pertama menentang Kepulauan Solomon dan saya bersimpati dengan kecederaan dua pemain itu, terutama kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ).

“Seperti kelab lain, JDT sentiasa menyokong dan meletak kepercayaan kepada saya untuk membariskan pasukan terkuat Malaysia di peringkat antarabangsa.

“Begitupun, dalam kem kebangsaan, melindungi pemain cedera lebih penting berbanding prestasi pasukan. Jadi kami hantar mereka pulang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN