JDT bagi 1,000 tiket kepada penyokong Selangor

JDT bagi 1,000 tiket kepada penyokong Selangor

PENYOKONG Selangor diberikan 1,000 tiket untuk aksi separuh akhir Piala FA menentang JDT di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Isnin depan. - IHSAN SELANGOR FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengumumkan peruntukan 1,000 tiket kepada penyokong Selangor FC bagi menyaksikan aksi separuh akhir Piala FA di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Isnin depan.

Ketua Pegawai Eksekutif JDT, Alistair Edwards berkata, peruntukan itu dibuat bagi membangkitkan semangat kesukanan dan memeriahkan perlawanan.

Katanya, jumlah 1,000 tiket adalah yang dipohon pengurusan Red Giants.

“Ia atas dasar semangat kesukanan dan harapan lebih ramai penyokong pasukan ­pelawat hadir untuk menikmati suasana stadium yang mendapat pengiktifaran di mana Stadium Sultan Ibrahim dipilih sebagai ‘2020 World Stadium of the Year’.

“Ia juga peruntukan tiket untuk penyokong pasukan pelawat tertinggi pernah diberikan bagi menyaksikan perlawanan di stadium yang serba canggih,” katanya semalam.

Tambah Edwards, sebelum ini tiket terbanyak yang ­diperuntukkan kepada penyokong pasukan pelawat sejumlah 800 keping tiket sahaja.

Pertembungan JDT dan Selangor FC dijangka sengit kerana kedua-duanya adalah pasukan terbaik Liga Super musim ini dengan menghuni tangga pertama serta kedua.

JDt turun dengan misi mempertahankan kejuaraan musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN