Bapa rogol dua anak dipenjara 165 tahun, 110 sebatan

Bapa rogol dua anak dipenjara 165 tahun, 110 sebatan

TERTUDUH berusia 54 tahun itu dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Lahad Datu atas 11 pertuduhan merogol dua anak kandungnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seorang bapa menerima balasan atas 11 pertuduhan merogol dua anak kandungnya sejak 2016 apabila dipenjara 165 tahun dan 110 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Tertuduh berusia 54 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Suhailla Selag.

Lelaki itu didakwa lima pertuduhan atas kesalahan merogol anak sulung berusia 25 tahun manakala enam pertuduhan membabitkan kesalahan merogol seorang lagi anaknya berusia 22 tahun.

Semua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara antara lapan hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan jika sabit kesalahan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 10 sebatan bagi setiap pertuduhan yang berjalan secara berasingan dan menjadikan jumlah keseluruhan hukuman penjara sebanyak 165 tahun.

Mahkamah memutuskan hukuman berat itu sebagai pengajaran dan mengambil kira jenayah serius yang dilakukan tertuduh terhadap dua anak kandungnya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang berumur 54 tahun didakwa merogol dua anak kandungnya sejak 2016 hingga tahun ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN