Gundogan sertai Barcelona secara percuma

Gundogan sertai Barcelona secara percuma

ILKAY GUNDOGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kapten Manchester City, Ilkay Gundogan yang membantu kelab itu merangkul kejuaraan treble musim lalu, akan menyertai Barcelona secara percuma.

Gundogan, 32, akan meninggalkan Etihad selepas mengetuai mereka menjuarai Liga Perdana Inggeris, Piala FA dan Liga Juara-Juara.

Dia menamatkan tujuh tahun yang cemerlang di England dengan merangkul 14 trofi, termasuk lima kejuaraan liga.

Barcelona bersetuju menandatangani Gundogan dengan kontrak tiga tahun selepas pemain tengah Jerman itu gagal mencapai kata sepakat dalam rundingan penyambungan kontrak bersama City yang tamat 30 Jun ini.

Gundogan adalah rekrut pertama Pep Guardiola ketika mengambil alih di City pada 2016 sekalipun dia diketepikan kerana kecederaan lutut ketika dibeli daripada on Borussia Dortmund.

Dia sering menjadi pemain penting dalam perlawanan besar, terutama pada dua musim terakhir apabila menjaringkan gol yang membantu City merangkul beberapa trofi.

Gundogan meninggalkan City selepas melakukan lebih 300 penampilan dan menjaringkan 60 gol.

Pengalamannya pasti berharga buat pengurus Barcelona, Xavi selepas perancang tengah, Sergio Busquets meninggalkan kelab Sepanyol itu pada hujung musim setelah 18 tahun bersama mereka.

Barcelona memenangi kejuaraan La Liga musim lalu tetapi gagal melepasi peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dan tersingkir pada separuh akhir Piala Raja Sepanyol. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

ย 

BERITA BERKAITAN