Gagal dapat Messi, Al-Hilal buru Neymar - Utusan Malaysia

Gagal dapat Messi, Al-Hilal buru Neymar

SELEPAS gagal mendapatkan Lionel Messi (kiri), Al-Hilal kini cuba membawa masuk Neymar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Selepas gagal mendapatkan Lionel Messi, kelab Arab Saudi, Al-Hilal kini cuba memancing penyerang Paris SaintGermain (PSG), Neymar pada jendela perpindahan musim ­panas ini.

Menurut CBS Sports, wakil Al-Hilal berada di Paris untuk berunding dengan bintang Brazil itu dan mengikat perjanjian yang membolehkannya menjadi pemain bola sepak termahal ­dunia.

Neymar, 31, yang menyertai PSG dari Barcelona dengan rekod 222 juta euro (RM1.10 bilion) pada 2017 bakal menjadi pemain terbaharu meninggalkan gergasi Perancis tersebut selepas Sergio Ramos dan Messi.

Memuatkan artikel berkaitan…

Al-Hilal hampir meyakinkan Messi untuk beraksi dalam Liga Pro Saudi sebelum kapten ­Argentina tersebut memutuskan untuk berpindah ke kelab Liga Bola Sepak Utama (MLS) Amerika Syarikat, ­Inter Miami.

Kelab itu dikatakan menawarkan kontrak lumayan 194 juta pound (RM1.05 bilion) setahun kepada Messi, namun gagal meyakinkan pemenang Piala Dunia tersebut.

Al-Hilal mahu menandingi pesaing mereka, ­Al-Nassr yang mendapatkan Cristiano Ronaldo, Januari lalu.

KARIM Benzema ketika diperkenalkan sebagai pemain baharu Al-Ittihad. – AFP

Juara Liga Pro Saudi, Al-Ittihad pula baru mendapatkan sentuhan pemenang Ballon d’Or dan bintang Real Madrid, Karim Benzema de­ngan perjanjian 200 juta euro (RM993 juta) setahun.

Neymar dijang­ka menyamai gaji yang dinikmati Ronaldo jika bersetuju bermain di Arab Saudi.

Al-Nassr membayar 173 juta pound (RM1 bi­lion) setahun buat kapten Portugal itu.

Al-Hilal sedia menawarkan 46.64 juta euro (RM232) juta kepada PSG bagi mendapatkan Neymar yang memiliki kontrak sehingga 2025. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini