Brazil silap langkah panggil Neymar

Brazil silap langkah panggil Neymar

Neymar masih dibelenggu kecederaan meskipun disenaraikan dalam skuad Brazil ke Piala Dunia 2026. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: Harapan Brazil untuk menurunkan Neymar dalam aksi pembukaan Piala Dunia menjadi tanda tanya apabila penyerang sensasi itu disahkan mengalami kecederaan betis yang memerlukan tempoh pemulihan sekurang-kurangnya dua hingga tiga minggu.

Perkembangan itu membimbangkan kem Brazil kerana Neymar dijangka terlepas dua aksi pemanas badan menentang Panama dan Mesir, selain berkemungkinan tidak cergas sepenuhnya untuk perlawanan pertama menentang Maghribi pada 13 Jun ini.

Doktor pasukan Brazil, Rodrigo Lasmar berkata, keputusan imbasan MRI mendapati pemain berusia 34 tahun itu mengalami kecederaan otot tahap dua.

“Tempoh pemulihan dianggarkan sekitar dua hingga tiga minggu dan kami akan terus memantau perkembangannya dari semasa ke semasa,” katanya.

Neymar yang baru melapor diri ke kem latihan Brazil minggu lalu turut tidak menjalani sesi latihan pertama bersama skuad kendalian Carlo Ancelotti.

Situasi itu menambah tekanan buat Brazil memandangkan bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain (PSG) tersebut baru kembali dipanggil menyertai skuad kebangsaan selepas hampir tiga tahun diketepikan.

Sebelum ini, Ancelotti sendiri pernah mengakui beliau berhati-hati dengan tahap kecergasan Neymar sehingga tidak menyenaraikannya bagi aksi persahabatan menentang Perancis dan Croatia pada Mac lalu.

Malah, Neymar juga beberapa kali terlepas aksi bersama Santos musim ini akibat masalah kecederaan yang berulang.

Namun, pengaruhnya bersama Selecao masih belum mampu digugat apabila kekal sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil menerusi 79 gol daripada 128 penampilan antarabangsa.

Sekiranya sempat pulih, kejohanan kali ini bakal menjadi penampilan keempat Neymar di pentas Piala Dunia. – AGENSI/UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN